Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
mana-mana orang, badan, perbadanan atau syarikat yang menjalankan atau mengambil bahagian dalam, atau yang berkira-kira untuk menjalankan atau mengambil bahagian dalam, mana-mana aktiviti atau apa-apa gabungannya yang tersebut dalam seksyen 21; atau
(b)
mana-mana orang, badan, perbadanan atau syarikat yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau yang telah membuat kontrak yang ada sekarang.
(2)
Walau apapun peruntukan subseksyen (1)(b), orang seperti itu boleh dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat
Perbadanan atau sebagai seorang ahli jawatankuasa Perbadanan jika ia mempunyai kepentingan sebagai seorang pemegang syer secara langsung atau secara tidak langsung, hanya bagi syarikat yang
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 19
tersebut dalam subseksyen itu dan dengan syarat bahawa pemegangan syer tersebut dalam syarikat itu tidak memberikannya kepentingan menguasai syarikat itu secara langsung atau secara tidak langsung.
(3)
Sebelum seorang dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau sebagai seorang ahli jawatankuasa
Perbadanan, ia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya kepada
Menteri, jika ia akan dilantik sebagai ahli Perbadanan, dan kepada
Perbadanan, jika ia akan dilantik sebagai seorang ahli jawatankuasa atau sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, sama ada ia mempunyai apa-apa kepentingan yang tersebut dalam subseksyen (1).
(4)
Jika ahli, pegawai atau pekhidmat itu memperoleh mana-mana kepentingan itu selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, ia adalah terhenti daripada menjadi ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan, dan perlantikannya hendaklah disifatkan terbatal dengan serta-merta:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak akan dipakai jika ahli, pegawai atau pekhidmat itu mewarisi atau dibekeuskan dengan kepentingan itu dan ia melepaskan atau melupuskan kepentingan itu dalam tempoh tiga bulan setelah kepentingan itu dalam tempoh tiga bulan setelah kepentingan itu dibekueskan dan diletak hak padanya dan dalam tempoh itu melaporkan secara bertulis, berkenaan dengan seseorang ahli Perbadanan kepada Menteri dan, berkenaan dengan seseorang ahli jawatankuasa atau seseorang pegawai atau pekhidmat, kepada Perbadanan, nyataan mengenai pelepasan atau pelupusan itu.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “kepentingan secara tidak langsung”
adalah termasuk mempunyai atau memperoleh apa-apa kepentingan sebagaimana yang tersebut dalam seksyen ini oleh suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun)
seseorang atau seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau seorang ahli jawatankuasa Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan.
(6)
Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 244
disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.
Hal menyatakan syer atau kepentingan dan hilang kelayakan