Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981

Seksyen 16

Bagi maksud Akta ini maka adalah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dalam Akta ini disebut “Kumpulan Wang” untuk ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan−

(a)

yang ke dalamnya akan dimasukkan–

(i)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

(ii)

apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau menjalankan apa-apa tugas dan kuasanya;

(iii)

segala wang yang didapati oleh Perbadanan;

(iv)

segala wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan;

(v)

apa-apa fi atau lain-lain bayaran yang ditetapkan dan dipungut oleh Perbadanan; dan

(vi)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa jua cara kena dibayar atau diletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 23

yang bersampingan dengan tugas dan kewajipan dan kuasanya;

(b)

dan yang darinya akan dibayar–

(i)

segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan oleh Perbadanan pada menjalankan tugas dan kewajipannya;

(ii)

wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberi kepada Perbadanan menurut kuasanya untuk meminjam; dan

(iii)

apa-apa subsidi atau kemudahan kredit yang diberi oleh Perbadanan menurut kuasanya di bawah Akta ini.

Kuasa meminjam

Section 16 — PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981