Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
sesuatu syer atau kepentingan–
(i)
dalam sesuatu kontrak atau perkiraan yang dibuat dengan Perbadanan;
(ii)
dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk
Perbadanan; atau
(iii)
dalam sesuatu syarikat, firma atau pengusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau perjanjian;
atau
(b)
apa-apa kepentingan benefisial dalam harta tak alih yang dicadang hendak dibeli atau diperoleh dengan jalan lain atau dipajak atau diuruskan dengan jalan lain oleh Perbadanan, hendaklah menyatakan jenis dan had syer atau kepentingannya kepada Perbadanan atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan.
(2)
Hal nyataan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang ahli di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa di mana apa-apa persoalan berhubung dengan kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan atau pajakan atau urusan lain itu mula ditimbangkan atau dengan seberapa segera selepas syer atau kepentingan itu diperoleh.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 21
(3)
Bagi maksud seksyen ini, suatu notis yang diberi kepada ahli lain oleh seseorang ahli yang bermaksud bahawa ia mempunyai syer atau kepentingan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1)
dan yang akan dianggap sebagai berkepentingan dalam mana-mana kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan atau pajakan atau urusan lain itu yang akan, selepas tarikh notis diberi, dibuat dengan, atau dikehendaki supaya dijalankan oleh, syarikat, firma atau pengusahaan yang dipersoalkan hendaklah disifatkan sebagai menyatakan kepentingan yang mencukupi berkaitan dengannya :
Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah mempunyai kesan melainkan jika ianya diberi dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa atau ahli yang berkenaan mengambil segala langkah yang berpatutan untuk menentukan bahawa ianya telah dibawa dan dibaca dalam mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa yang akan datang setelah ianya diberi.
(4)
Tiap-tiap hal nyataan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat di mana ia dibuat atau dibaca dan tidak akan mempunyai apa-apa kesan sehingga ia direkodkan sedemikian.
(5)
Seseorang ahli tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau persoalan yang berhubung dengan mana-mana kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan lain, atau pajakan atau urusan lain yang di dalamnya ia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sama ada ia telah menyatakan syer atau kepentingan itu ataupun tidak, dan juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan (kecuali apabila diundang oleh Perbadanan atau jawatankuasa) atau keputusan yang berhubung dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika ia berbuat demikian, undinya tidak akan dikira, dan juga ia tidak akan dikira dalam kuorum yang hadir dalam mesyuarat itu bagi maksud ketetapan atau persoalan itu.
(6)
Seseorang ahli tidak boleh disifatkan mempunyai syer atau kepentingan di bawah seksyen ini hanya oleh sebab ia adalah seorang pemegang syer dalam syarikat yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau perkiraan melainkan ia mempunyai kepentingan yang menguasai dalam syarikat itu.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 244
(7)
Seseorang ahli yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.