Malaysia legislation
Section 26D
Seksyen 26D
Apabila didapati oleh mana-mana pegawai berkuasa atau seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, bangunan lain atau tempat ada tersembunyi atau tersimpan apa-apa filem atau kelengkapan filem yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dilakukan, atau apa-apa benda lain berhubungan dengan kesalahan itu, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dengan sebab kelengahan bagi mendapatkan suatu waran geledah, filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda itu mungkin dipindahkan, pegawai itu boleh menjalankan semua kuasa yang dinyatakan dalam seksyen 26C seolah-olah dia diberi kuasa berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.