Malaysia legislation
Section 26E
Seksyen 26E
Senarai benda yang disita
(1)
Pegawai berkuasa atau pegawai polis yang menyita apa-apa filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda lain di bawah Bahagian ini hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan suatu salinannya yang ditandatangani olehnya kepada penduduk itu atau kepada ejen atau pekhidmatnya yang berada di premis itu.