Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Keanggotaan Perbadanan
(a)
seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang akan dilantik oleh Menteri dari antara orang yang, pada pendapatnya, oleh kerana pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas, akan memberi perkhidmatan penting kepada perusahaan filem;
(b)
empat orang ahli yang akan dilantik oleh Menteri dari antara orang-orang yang mempunyai kaitan dengan perusahaan perfileman dan perusahaan yang berkaitan dan yang bukan pegawai awam;
(c)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab atas kemajuan perusahaan perfileman, atau wakilnya;
(d)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab atas kewangan, atau wakilnya;
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 11
(e)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab atas penerangan, atau wakilnya; dan
(f)
mana-mana orang lain, tidak lebih daripada tiga orang, sebagaimana yang difikirkan layak dan patut oleh Menteri untuk di lantik menjadi ahli Perbadanan.
(2)
Seseorang ahli
Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan (a), (b) atau (f) hendaklah, melainkan jika pelantikannya itu dibatalkan terlebih dahulu atau ia meletakkan jawatannya terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang ditentukan oleh Menteri dan ia adalah layak untuk dilantik semula.
(3)
Ahli-ahli Perbadanan hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(4)
Peruntukan Jadual hendaklah dipakai bagi Perbadanan dan ahli-ahlinya.
Meterai Perbadanan