Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan sewajarnya di hadapan dua orang ahli Perbadanan yang mana mereka hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara yang dicap dengan meterai itu; dan penandatanganan itu tanpa diakusaksikan selanjutnya adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sewajar dan sempurnanya dan bahawa meterai itu adalah meterai Perbadanan yang sah:
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 244
Dengan syarat bahawa sesuatu surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang jika dilaksanakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki menggunakan meterai boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan; dan surat ikatan, dokumen dan surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh salah seorang daripada pegawai atau pekhidmatnya yang diberi kuasa secara am atau khas dengan bertulis untuk bertindak sedemikian.
(3)
Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Tugas Perbadanan