Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
membuat syor kepada Menteri tentang dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman;
(b)
untuk memaju dan mendorong perkembangan dan mengekalkan taraf perusahaan perfileman dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidikan dan nasihat;
(c)
untuk mengawal dan menyelaraskan aktiviti orang dan badan berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan perusahaan perfileman;
(d)
amnya untuk menggalakkan dan membantu dalam memajukan perusahaan perfileman di dalam dan di luar
Malaysia;
(e)
untuk mengawal dan mengawasi pengeluaran, pengedaran dan pameran filem dalam Malaysia, dan berhubung dengannya membuat peruntukan bagi mengeluarkan lesen;
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 13
(f)
untuk mengurus dan mengawasi penyenggaraan dan pengendalian tempat dan peralatan kepunyaan Perbadanan bagi maksud subseksyen (2)(c); dan
(g)
menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian Kerajaan melalui pengeluaran filem; dan
(h)
merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib.
(2)
Perbadanan adalah mempunyai kuasa untuk melakukan segala kuasa yang bermanfaat dan semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut itu, ia adalah mempunyai kuasa−
(a)
untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, atau pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan dalam menjalankan tinjauan dan kajian berkenaan dengan perusahaan perfileman dan dalam menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan perusahaan perfileman tempatan,
(b)
untuk mengadakan kemudahan latihan dan untuk mengawas dan menyelia pelaksanaan projek dan program latihan berhubung dengan perusahaan perfileman;
(c)
untuk mengadakan atau membantu dalam pengeluaran perkhidmatan, kemudahan dan peralatan perfileman untuk pengeluar, pengedar dan pempamer filem dan pemunya dewan wayang gambar;
(d)
untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberi olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;
(e)
untuk memberi bantuan kewangan melalui pinjaman, kemudahan kredit, geran, pelaburan atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain dan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 244
(f)
untuk menetap dan melevi fi atau bayaran lain berhubung dengan pelaksanaan tugasnya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(g)
untuk mengambil bahagian dalam pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan perusahaan perfileman dan untuk mengadakan, menganjur dan mengambil bahagian dalam pesta, pameran dan seminar filem atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya di dalam dan di luar Malaysia;
(h)
untuk menubuhkan institusi, pusat, pusat kecil dan bengkel untuk menjalankan penyelidikan dan aktiviti lain yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan kemajuan perusahaan perfileman;
(i)
untuk mengadakan dorongan bagi perusahaan perfileman;
(j)
untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai berbagai aspek perusahaan perfileman;
(ja) mengeluarkan rakaman liputan peristiwa bagi maksud arkib atau mengeluarkan apa-apa filem atau rakaman yang
Kerajaan fikirkan perlu bagi maksud pendidikan, penerangan, seni, budaya dan perkara lain yang disyorkan oleh Perbadanan;
(k)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Perwakilan