Malaysia legislation
Section 6
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 6
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
P.U. (A) 245 5
(2)
Jika suatu bangunan, loji atau jentera yang digunakan bagi maksud suatu perniagaan juga digunakan bagi maksud perniagaan lain selain perniagaan itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang bangunan, loji atau jentera itu digunakan bagi maksud perniagaan itu.
(3)
Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 5(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.
(4)
Jika, oleh sebab sekatan pengecualian kepada tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun menurut subperenggan (3) atau ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada perniagaan, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran itu, sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbelanjaan yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 5(1)
bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah semua amaun yang syarikat yang layak itu berhak sedemikian dikecualikan.
Pelupusan bangunan, loji atau jentera