Malaysia legislation
Section 7
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 7
Jika perbelanjaan yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak atas suatu bangunan, loji atau jentera yang digunakan bagi maksud suatu perniagaan dan bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan bangunan, loji atau jentera itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan.
P.U. (A) 245 6
Penentuan perbelanjaan yang layak bagi bangunan, loji atau jentera yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 8.
(1)
Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa bangunan, loji atau jentera yang berkenaan dengannya suatu pengecualian dimohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1)
Akta
Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327].
Penarikan balik pengecualian