Malaysia legislation
Section 9
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 9
(1)
Jika sesuatu syarikat yang layak telah diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 5(1) tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu, Menteri boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat yang layak itu untuk menunjukkan sebab secara bertulis mengapa pengecualian itu tidak patut ditarik balik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis bertulis itu.
(2)
Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) jika—
(a)
syarikat yang layak itu tidak mengemukakan sebab secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (1); atau
(b)
Menteri tidak berpuas hati dengan sebab yang diberikan oleh syarikat yang layak itu bagi tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.
P.U. (A) 245 7
(3)
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan
(2)
, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 5(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tahun pertama tempoh pengecualian.
Pemberhentian pemakaian