Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Aktiviti yang layak
(1)
Aktiviti yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu aktiviti bagi penyediaan perkhidmatan pajakan sistem fotovolta suria oleh mana-mana syarikat yang layak berhubung dengan pelaksanaan Skim Pemeteran Tenaga Bersih bagi penjualan elektrik atau pajakan sistem fotovolta suria.
(2)
Bagi maksud perenggan ini, “Skim Pemeteran Tenaga Bersih” ertinya suatu mekanisme yang membenarkan pengguna Pemeteran Tenaga Bersih memasang sistem fotovolta suria untuk kegunaan sendiri dan mengeksport lebihan tenaga ke grid.
Syarikat yang layak