Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;
(b)
sekurang-kurangnya enam puluh peratus ekuitinya dipegang secara langsung oleh warganegara Malaysia;
(c)
menyediakan perkhidmatan pajakan sistem fotovolta suria yang telah ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
Malaysia;
(d)
tersenarai di bawah Direktori Pelabur Fotovolta Suria Berdaftar;
(e)
telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu menjalankan suatu aktiviti yang layak secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu
P.U. (A) 247 4
diterima pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; dan
(f)
telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (e).
Pengecualian