Malaysia legislation
Section 10
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 10
(1)
Tertakluk kepada perenggan 9, mana-mana syarikat yang layak boleh, pada bila-bila masa, memohon secara bertulis kepada
Menteri melalui
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia supaya Perintah ini terhenti terpakai bagi syarikat yang layak itu.
(2)
Pemberhentian pemakaian Perintah ini hendaklah berkuat kuasa—
(a)
pada tarikh kelulusan pemberian pengecualian oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; atau
(b)
dalam hal suatu syarikat yang layak telah melakukan perbelanjaan modal yang layak, pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi pemberhentian pemakaian
Perintah ini diterima oleh
Menteri melalui
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
P.U. (A) 244 8
Punca berasingan dan akaun berasingan