Malaysia legislation

Section 11

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 11

(1)

Jika suatu syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca aktiviti berasingan dan berlainan bagi syarikat yang layak itu.

(2)

Syarikat yang layak yang diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 5(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).

Menyenggara rekod berasingan

Section 11 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024