Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA JITRA-SUNGAI DUA (BUTTERWORTH)) (PINDAAN) 2026

Seksyen 3

(1)

Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan—

(a)

kad debit, kad kredit atau kad prabayar yang sah;

(b)

peranti elektronik berserta kad prabayar yang sah;

(c)

pelekat elektronik yang sah yang telah dipasang di cermin hadapan, lampu hadapan kenderaan atau di

P.U. (A) 56 3

mana-mana bahagian lain kenderaan yang telah ditentukan bagi pemasangannya; atau

(d)

aplikasi bagi Sistem Pengecaman

Automatik Pendaftaran Kenderaan, hendaklah membayar tol yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(1) apabila melalui lorong tol yang dikhaskan di plaza tol yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Ketiga.

(2)

Bagi maksud pembayaran tol di bawah subperenggan (1), seseorang pemandu kenderaan hendaklah—

(a)

menyentuh kad debit, kad kredit atau kad prabayar yang sah pada mesin pembaca elektronik;

(b)

mempamerkan peranti elektronik berserta kad prabayar yang sah;

(c)

mempamerkan pelekat elektronik yang sah yang telah dipasang di cermin hadapan, lampu hadapan kenderaan atau di mana-mana bahagian lain kenderaan yang telah ditentukan bagi pemasangannya;

atau

(d)

mempamerkan plat nombor pendaftaran kenderaan yang sah

P.U. (A) 56 4

Section 3 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA JITRA-SUNGAI DUA (BUTTERWORTH)) (PINDAAN) 2026