Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pantai Barat (Taiping-Banting) yang bermula dari—
(2)
Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan kad prabayar atau peranti elektronik dengan kad prabayar atau pelekat elektronik hendaklah memastikan wang di dalam kad prabayar atau peranti elektronik dengan
P.U. (A) 14 4
kad prabayar atau pelekat elektronik adalah mencukupi bagi tujuan pembayaran tol pada setiap masa.
(3)
“Kad prabayar” atau “peranti elektronik berserta kad prabayar” atau
“pelekat elektronik” yang disebut dalam perenggan ini ertinya—
(a)
sesuatu kad prabayar atau peranti elektronik berserta kad prabayar atau pelekat elektronik yang dibenarkan oleh
Menteri, yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tol;
(b)
berhubung dengan sesuatu kad prabayar, kad prabayar merupakan suatu kad prabayar yang boleh dibaca oleh mesin pembaca elekronik yang dipasang di lorong tol; dan
(c)
berhubung dengan sesuatu peranti elektronik berserta kad prabayar atau pelekat elektronik, suatu peranti elektronik berserta kad prabayar atau pelekat elektronik yang boleh menyebabkan palang di lorong yang dikhaskan dinaikkan secara elektronik.
Pengecualian daripada pembayaran tol