Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Mana-mana orang yang menawarkan untuk membekalkan apa-apa perkhidmatan untuk perniagaan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan
Kawalan
Harga dan
Antipencatutan
(Perniagaan yang
Ditetapkan)
2017
[P. U. (A) 388/2017] hendaklah memaparkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan caj bagi perkhidmatan itu.
(2)
Harga caj bagi perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dalam ringgit atau sen.
(3)
Senarai perkhidmatan dan caj bagi perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah—
(a)
dalam bahasa kebangsaan atau dalam keadaan senarai perkhidmatan dan caj bagi perkhidmatan itu yang pada asalnya bukan dalam bahasa kebangsaan, terjemahannya; dan
P.U. (A) 314 4
(b)
dalam saiz dan warna yang sebegitu rupa dan yang diletakkan dengan sebegitu cara supaya mudah dilihat dengan jelas oleh mana-mana orang yang bercadang untuk menggunakan atau melanggan perkhidmatan itu.
Peranti sistem harga