Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BAGI BARANGAN DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN) 2020

Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang bercadang untuk menggunakan apa-apa peranti sistem harga untuk memaparkan harga barang atau caj bagi perkhidmatan yang disebut dalam perenggan 2 dan 3 adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

hendaklah memasang sekurang-kurangnya satu peranti sistem harga di premis itu;

(b)

hendaklah memaparkan harga pada kedudukan yang mudah dilihat supaya senang dibaca oleh mana-mana orang yang bercadang untuk membeli barang itu; dan

(c)

hendaklah memaparkan suatu notis dalam premis yang menunjukkan bahawa dalam hal apa-apa percanggahan antara harga yang ditunjukkan oleh peranti sistem harga dengan harga yang dipaparkan, harga yang lebih rendah antara keduanya hendaklah terpakai.

(2)

Bagi maksud perenggan ini, "peranti sistem harga" ertinya mana-mana peranti yang menunjukkan atau memaparkan harga secara elektronik.

Penalti

Section 4 — PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BAGI BARANGAN DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN) 2020