Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“dana” termasuklah—
3
(a)
aset kewangan, apa-apa jenis faedah ekonomi dan sumber ekonomi, termasuklah syiling emas, jongkong emas, tunai, cek, tuntutan ke atas wang, kiriman wang dan surat cara pembayaran yang lain;
(b)
deposit dengan institusi kewangan atau entiti lain, baki dalam akaun, hutang dan obligasi hutang;
(c)
sekuriti, kontrak niaga hadapan dan surat cara hutang, termasuklah saham dan syer, sijil yang mewakili bon, nota, waran, debentur, saham debentur dan kontrak terbitan;
(d)
bunga, dividen atau pendapatan lain atas atau nilai yang terakru daripada atau dihasilkan oleh aset;
(e)
kredit, hak tolak selesai, jaminan, bon pelaksanaan atau komitmen kewangan lain, surat kredit, bil muatan, bil jualan;
(f)
dokumen yang menunjukkan suatu kepentingan dalam dana atau sumber kewangan, dan mana-mana surat cara pembiayaan eksport lain;
“entiti” termasuklah orang sebenar, orang dan kumpulan di sisi undang-undang;
“entiti tersenarai” ertinya suatu entiti dinyatakan dalam Senarai 1267;
“entiti yang dinyahsenaraikan” ertinya entiti yang dikeluarkan daripada Senarai 1267 oleh Jawatankuasa 1267;
“Jawatankuasa 1267” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Resolusi 1267(1999) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“kontrak niaga hadapan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2010 [Akta 671];
4
“sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2010;
“Senarai 1267” ertinya Senarai Disatukan bagi entiti yang diwujudkan dan diselenggarakan oleh Jawatankuasa 1267 berkenaan dengan Al-Qaida, Usama bin Laden dan Taliban, dan individu lain, kumpulan, perusahaan dan entiti yang bersekutu dengan mereka;
“sumber ekonomi” termasuklah—
(a)
tiap-tiap jenis aset, sama ada harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, yang sebenar atau berpotensi, yang bukan dana tetapi berkemungkinan digunakan untuk mendapatkan dana, barang-barang atau perkhidmatan, termasuklah—
(i)
tanah, bangunan atau harta tanah lain;
(ii)
peralatan, termasuklah komputer, perisian komputer, alat dan jentera;
(iii)
perabot pejabat, kelengkapan dan lekapan dan barangan lain yang jenisnya tetap;
(iv)
kapal, pesawat udara dan kenderaan motor;
(v)
inventori barang-barang;
(vi)
karya seni, batu berharga, barang kemas atau emas;
(vii)
komoditi, termasuklah minyak, mineral atau balak;
(viii)
senjata atau bahan yang berkaitan;
5
(ix)
paten, perihal dagangan, hak cipta, nama dagang, francais, nama baik dan bentuk harta intelek lain;
(x)
pengehosan internet atau perkhidmatan yang berkaitan; dan
(b)
mana-mana aset lain, sama ada ketara atau tidak ketara, sebenar atau berpotensi.
Pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan