Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN)(AL-QAIDA DAN TALIBAN) 2011

Seksyen 4

(1)

Dana bagi entiti tersenarai termasuklah dana yang diperoleh atau terhasil—

(a)

daripada harta yang dipunyai atau dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh entiti tersenarai; atau

(b)

oleh mana-mana pengusaha yang dipunyai atau dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh entiti tersenarai, hendaklah dibekukan tanpa kelengahan.

(2)

Penambahan kepada akaun yang dibekukan menurut perenggan ini bagi apa-apa pembayaran kepada entiti tersenarai hendaklah dibenarkan dengan syarat bahawa apa-apa pembayaran itu akan terus tertakluk kepada peruntukan perenggan ini dibekukan.

(3)

Entiti tersenarai adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama.

(4)

Entiti yang dinyahsenaraikan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam