Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PENGAGIHAN PERBELANJAAN, KOS ATAU KERUGIAN) 2011
Seksyen 2
Jika perbelanjaan, kos atau kerugian dapat dihubungkaitkan dengan sistem insurans deposit tetapi tidak dapat dihubungkaitkan secara khusus dengan kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang tertentu dalam sistem itu, Perbadanan hendaklah mengagihkan perbelanjaan, kos atau kerugian itu seperti yang berikut:
(a)
berkenaan dengan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dalam tahun taksiran 2011; dan
(b)
berkenaan dengan setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dalam tahun taksiran yang sebelumnya.
3
Perbelanjaan, kos atau kerugian umum sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans