Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PENGAGIHAN PERBELANJAAN, KOS ATAU KERUGIAN) 2011
Seksyen 3
Jika perbelanjaan, kos atau kerugian dapat dihubungkaitkan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans tetapi tidak dapat dihubungkaitkan secara khusus dengan kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang perlindungan takaful atau insurans dalam sistem itu, Perbadanan hendaklah mengagihkan perbelanjaan, kos atau kerugian itu seperti yang berikut:
(a)
berkenaan dengan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang perlindungan takaful dan insurans masing-masing dalam sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam tahun taksiran 2011; dan
(b)
berkenaan dengan setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang perlindungan takaful dan insurans masing-masing dalam sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam tahun taksiran yang sebelumnya.
Perbelanjaan, kos atau kerugian umum sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans 4.
Jika perbelanjaan, kos atau kerugian tidak dapat dihubungkaitkan secara khusus sama ada dengan sistem insurans deposit atau sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, Perbadanan hendaklah mengagihkan perbelanjaan, kos atau kerugian itu seperti yang berikut:
(a)
berkenaan dengan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam tahun taksiran 2011; dan 4
(b)
berkenaan dengan setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam tahun taksiran yang sebelumnya.
Dibuat 11 Ogos 2011
[PIDM/PN/6/2011; PN(PU2)689]
TAN SRI DATO’ ABDUL AZIZ BIN HAJI TAHA
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
5
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (ALLOCATION OF EXPENSES,
COSTS OR LOSSES) ORDER 2011