Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN MINYAK ENJIN BAGI KENDERAAN MOTOR) 2024
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“label pematuhan” ertinya tanda yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa di bawah subsubperenggan 4(2)(b);
“minyak enjin” ertinya minyak yang digunakan bagi pelinciran enjin pembakaran dalaman.