Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Minyak Enjin bagi Kenderaan Motor) 2024.
/akn/my/act/pua/2024/291
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN MINYAK ENJIN BAGI KENDERAAN MOTOR) 2024 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 291 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Minyak Enjin bagi Kenderaan Motor) 2024.
Dalam Perintah ini—
“kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“label pematuhan” ertinya tanda yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa di bawah subsubperenggan 4(2)(b);
“minyak enjin” ertinya minyak yang digunakan bagi pelinciran enjin pembakaran dalaman.
Pihak berkuasa yang berwibawa
Bagi maksud Perintah ini, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. hendaklah menjadi pihak berkuasa yang berwibawa yang disebut dalam subseksyen 29(3) Akta untuk memperakukan dan mengeluarkan suatu perakuan dan label pematuhan bagi suatu minyak enjin bagi kenderaan motor.
P.U. (A) 291 3
Permohonan perakuan
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan minyak enjin bagi kenderaan motor hendaklah memohon kepada pihak berkuasa yang berwibawa untuk mendapatkan perakuan dan label pematuhan bagi minyak enjin itu.
Minyak enjin bagi kenderaan motor yang disebut dalam subperenggan (1)
hendaklah—
diperakukan oleh pihak berkuasa yang berwibawa sebagai telah mematuhi standard sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2)
Jadual; dan
ditandakan dengan tanda label pematuhan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual.
Penandaan minyak enjin bagi kenderaan motor
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan minyak enjin bagi kenderaan motor yang telah mendapat perakuan dan label pematuhan di bawah perenggan 4 hendaklah memastikan label pematuhan itu ditampal pada kedudukan yang mudah dilihat pada bahagian atas penutup bekas minyak enjin itu.
Kesalahan
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan Perintah ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
P.U. (A) 291 4
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pengecualian
Perintah ini tidak terpakai bagi mana-mana minyak enjin bagi kenderaan motor yang digunakan bagi maksud sampel pengujian.
JADUAL
[Perenggan 4]
(1)
Tanda
(2)
Standard
SIRIM 58: Genuine Products – Requirements
Dibuat 27 September 2024
[KPDNKK.100-1/14/4 (1); PN(PU2)120/JLD.10]
DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
P.U. (A) 291 5
TRADE DESCRIPTIONS ACT 2011
TRADE DESCRIPTIONS (CERTIFICATION AND MARKING OF ENGINE OIL FOR
MOTOR VEHICLE) ORDER 2024
IN exercise of powers conferred by section 29 of the Trade Descriptions Act 2011
[Act 730], the Minister makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Trade Descriptions (Certification and
Marking of Engine Oil for Motor Vehicle) Order 2024.
This Order comes into operation on 7 April 2025.
Interpretation 2.
In this Order—
“motor vehicle” has the meaning assigned to it in the Road Transport
Act 1987 [Act 333];
“conformity label” means the mark issued by the competent authority under subsubparagraph 4(2)(b);
“engine oil” means the oil used for lubrication of internal combustion engines.
Competent authority 3.
For the purposes of this Order, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. shall be the competent authority referred to in subsection 29(3) of the Act to certify and issue a certificate and conformity label for an engine oil for motor vehicle.
Application for certification 4.
(1)
Any person who supplies or offers to supply engine oil for a motor vehicle shall apply to the competent authority to obtain a certificate and conformity label for the engine oil.
P.U. (A) 291 6
(2)
The engine oil for a motor vehicle referred to in subparagraph (1) shall be—
(a)
certified by the competent authority as having complied with the standard as specified in column (2) of the Schedule; and
(b)
marked with the mark of the conformity label issued by the competent authority as specified in column (1) of the Schedule.
Marking of engine oil for motor vehicle 5.
Any person who supplies or offers to supply engine oil for motor vehicle who has received the certificate and conformity label under paragraph 4 shall ensure that the conformity label be affixed at a conspicuous position on the top of the container lid of the engine oil.
Offence 6.
Any person who fails to comply with any provision of this Order commits an offence and shall, on conviction—
(a)
if such person is a body corporate, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit, and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit; or
(b)
if such person is not a body corporate, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and for a second or subsequent offence, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
Exemption 7.
This Order shall not apply to any engine oil for motor vehicle that is used for test sampling.
P.U. (A) 291 7
[Paragraph 4]
(1)
Mark
(2)
Standard
SIRIM 58: Genuine Products – Requirements
Made 27 September 2024
[KPDNKK.100-1/14/4 (1); PN(PU2)120/JLD.10]
DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
Minister of Domestic Trade and Costs of Living