Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perkhidmatan Kewangan
(Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar)
(Pindaan) 2024.
/akn/my/act/pua/2024/468
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (KEHENDAK DAN PENGEMUKAAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT) (PERNIAGAAN BERDAFTAR) (PINDAAN) 2024 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 468 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perkhidmatan Kewangan
(Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar)
(Pindaan) 2024.
Pindaan Jadual 1
Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar) 2013 [P.U. (A) 206/2013], yang disebut
dalam Bahagian 1, dengan menggantikan butiran 1 dengan butiran yang berikut:
“1.
Pemohon ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777].”; dan
dengan menggantikan subbutiran 3(a) dengan subbutiran yang berikut:
“(a)
salinan butir-butir yang dikemukakan bagi pengumpukan syer atau apa-apa perubahan yang dibuat kepada butir-butir yang dikemukakan di bawah seksyen 78 Akta Syarikat 2016;”; dan
P.U. (A) 468 3
dengan menggantikan subbutiran 5(d) dengan subbutiran yang berikut:
“(d)
nama dan alamat pemegang syer substansialnya, dalam pengertian seksyen 136 Akta Syarikat 2016, dan perbadanan yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2
Akta Syarikat 2016;”.
Penggantian Jadual 2
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual 1—
Perintah ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 2 dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 2
[Perenggan 3]
KEHENDAK DAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT BAGI PERNIAGAAN PENGAJUSTERAN
Bahagian
Pemohon ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
dengan modal berbayar minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak
RM150,000.00.
Pekerja syarikat yang terlibat dengan kerja pengajusteran yang berhubungan dengan tuntutan motor hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan minimum dalam Kursus Asas dalam Pelarasan Kerugian Insurans Motor daripada Institut Insurans Asia atau mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Bank.
Pekerja syarikat yang terlibat dengan kerja pengajusteran yang berhubungan dengan tuntutan bukan motor hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan minimum dalam pengajusteran kerugian daripada salah satu badan profesional yang diiktiraf atau ijazah seperti yang berikut:
Kursus Asas dalam Pelarasan Kerugian Insurans Bukan Motor daripada Institut Insurans Asia;
Affiliate or
Associate or
Fellow of
Australasian
Institute of
Chartered Loss Adjusters;
Diploma atau Associate atau Fellow Institut Insurans dan Kewangan
Australia dan New Zealand;
P.U. (A) 468 4
tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
bukan dalam proses penggulungan, telah digulungkan atau selainnya dibubarkan; dan
tidak menggantung pembayaran atau tidak membuat penyelesaian dengan pemiutangnya sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
P.U. (A) 468 5 5.
Pengarah atau mana-mana orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan syarikat—
tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan perniagaan yang memperdaya, menindas atau tidak wajar (sama ada menyalahi undang-undang atau tidak), atau yang selainnya mencerminkan kesangsian terhadap pelakuan profesionalnya;
tidak pernah melanggar mana-mana kehendak, standard atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan, badan professional, Kerajaan atau agensinya;
tidak pernah terlibat dalam pengurusan atau pengendalian suatu syarikat yang lesen, kelulusan atau pendaftarannya telah dibatalkan atau telah pun enggan diberikan lesen, kelulusan atau pendaftaran oleh Bank;
tidak mempunyai pembayaran yang digantung atau tidak membuat penyelesaian dengan pemiutangnya di dalam atau di luar Malaysia.
Pemegang syer, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan dan pekerja syarikat itu yang terlibat dengan kerja pengajusteran, termasuk pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan ahli-ahli keluarga terdekat yang lain tidak mempunyai apa-apa hubungan atau kepentingan dengan mana-mana penanggung insurans, pengendali takaful dan pengendali bengkel motor yang pada pendapat Bank boleh menyebabkan kepentingan atau hubungan itu berada dalam suatu keadaan percanggahan kepentingan.
P.U. (A) 468 6 7.
Syarikat telah mengadakan dasar dan tatacara dalaman yang berhubungan dengan pengurusan percanggahan kepentingan.
Bahagian
Suatu salinan yang diperakui memorandum dan perkara persatuannya atau dokumen konstituen lain.
Suatu salinan yang diperakui perakuan pemerbadanannya.
Suatu salinan yang diperakui penyata kewangan terkini yang diaudit.
Suatu salinan butir-butir yang dikemukakan bagi pengumpukan syer atau apa-apa perubahan yang dibuat bagi butir-butir yang dikemukakan di bawah seksyen 78 Akta Syarikat 2016.
Suatu salinan butir-butir yang dikemukakan di bawah seksyen 58
Akta Syarikat 2016.
Suatu akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang pemohon telah memenuhi kesemua kehendak yang dinyatakan dalam
Bahagian
Maklumat dan dokumen sokongan bagi pemohon itu dan perniagaannya seperti yang berikut:
nama, alamat dan kad pengenalan atau nombor pasport bagi semua pemegang syer, pengarah dan ketua pegawai eksekutifnya;
P.U. (A) 468 7
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemegang syer jika pemegang syer itu merupakan sebuah syarikat tidak berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
nama, alamat dan kad pengenalan atau nombor pasport bagi semua pemegang syer utamanya, dalam maksud seksyen 136
Akta Syarikat 2016;
nama, alamat dan nombor perbadanan yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat 2016;
nama dan kelayakan relevan pekerja syarikat yang terlibat dengan kerja pengajusteran.”.
Dibuat 13 Disember 2024
[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2)718/JLD.7]
DATO’ SERI SHAIK ABDUL RASHEED BIN ABDUL GHAFFOUR
Gabenor
Bank Negara Malaysia
P.U. (A) 468 8
FINANCIAL SERVICES ACT 2013
FINANCIAL SERVICES (REQUIREMENTS AND SUBMISSION OF DOCUMENTS OR
INFORMATION) (REGISTERED BUSINESS) (AMENDMENT) ORDER 2024
Opening note
in Part 1, by substituting for item 1 the following item:
“1.
The applicant is a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777].”; and
by substituting for subitem 3(a) the following subitem:
“(a)
copy of particulars submitted for allotment of shares or any change made to the particulars under section 78 of the Companies Act 2016;”; and
P.U. (A) 468 9
by substituting for subitem 5(d) the following subitem:
“(d)
the names and addresses of its substantial shareholders, within the meaning of section 136 of the Companies Act 2016, and its related corporations as defined in section 2 of the Companies Act 2016;”.
Substitution of Schedule 2 3.
The principal Order is amended by substituting for Schedule 2 the following schedule:
“SCHEDULE 2
[Paragraph 3]
REQUIREMENTS AND DOCUMENTS OR INFORMATION FOR ADJUSTING BUSINESS
Bahagian
The applicant is a company incorporated under the Companies Act 2016
with the minimum paid-up capital unimpaired by losses of RM150,000.00.
The employee of the company that is involved with an adjusting work relating to motor claims shall have at least a minimum qualification on Basic Certificate
Course in Insurance Loss Adjusting for Motor from the Asian Institute of
Insurance or any other qualification recognised by the Bank.
The employee of the company that is involved with an adjusting work relating to non-motor claims shall have at least a minimum qualification in loss adjusting from one of the recognized professional bodies or degree as follows:
Basic Certificate Course in Insurance Loss Adjusting for Non-motor from the Asian Institute of Insurance;
P.U. (A) 468 10
Affiliate or Associate or Fellow of Australasian Institute of
Chartered Loss Adjusters;
Diploma or Associate or Fellow of Australian and New Zealand Institute of
Insurance and Finance;
The shareholder of the company—
has not been convicted of any offence under the Act or any offence involving fraud or dishonesty under any other written law;
has not been in the process of being wound up, is wound up or otherwise dissolved; and
has no suspended payments or has not been compounded with his creditors whether in or outside Malaysia.
The director or any person concerned with the operation or management of the company—
has not been convicted of any offence under the Act or any offence
P.U. (A) 468 11
involving fraud or dishonesty under any other written law;
has not engaged in any business practices which are deceitful, oppressive or otherwise improper (whether unlawful or not), or which otherwise reflect discredit on his professional conduct;
has not contravened any of the requirements, standards or any direction issued by a regulatory body, a professional body, the Government or its agencies;
has not been involved in the management or operation of a company whose license, approval or registration has been revoked or has been refused a license, approval or registration by the Bank;
has no suspended payments or has not been compounded with his creditors whether in or outside Malaysia.
The shareholder, director, chief executive officer, senior officer and employees of the company involved with an adjusting work, including their spouses, children, parents, siblings and other immediate family members do not have any relation or interest with any insurer, takaful operator and workshop operator which in the opinion of the Bank may cause such interest or relation to be in a conflict of interest situation.
The company has established internal policies and procedures relating to the management of conflict of interest.
Bahagian
A certified copy of its memorandum and articles of association or other
P.U. (A) 468 12
constituent documents.
A certified copy of its certificate of incorporation.
A certified copy of its latest audited financial statements.
A copy of the particulars submitted for allotment of shares or any change made to it under section 78 of the Companies Act 2016.
A copy of the particulars submitted under section 58 of the Companies Act 2016.
A statutory declaration affirmed before a Commissioner of Oaths that the applicant has met all requirements specified in Part 1 of Schedule 2.
The following information and supporting documents on the applicant and its business:
the names, addresses and identity card or passport numbers for all its shareholders, directors and chief executive officer;
the name, place and date of the establishment of the shareholder if the shareholder is an unlimited company incorporated under the Companies Act 2016;
the names, addresses and identity card or passport numbers for all its substantial shareholders, within the meaning of section 136 of the Companies Act 2016;
the names, addresses and registration number of its related corporations as defined in section 2 of the Companies Act 2016;
P.U. (A) 468 13
the names and relevant qualifications of the employee that is involved with an adjusting work.”.
Made 13 December 2024
[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2)718/JLD.7]
DATO’ SERI SHAIK ABDUL RASHEED BIN ABDUL GHAFFOUR
Governor
Central Bank of Malaysia