Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP) 2026

Seksyen 5

(1)

Suatu salinan Perjanjian Perkongsian Vesel hendaklah difailkan oleh salah seorang daripada pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada perjanjian itu dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perjanjian itu ditandatangani.

P.U. (A) 230 5

(2)

Jika apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada Perjanjian Perkongsian

Vesel itu selepas pemfailan perjanjian itu di bawah subperenggan (1), salah seorang daripada pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada perjanjian itu hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan

Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu dibuat.

(3)

Jika perubahan atau pindaan yang disebut dalam subperenggan (2)

tidak dibuat secara bertulis, salah seorang daripada pengendali pelayaran tetap itu hendaklah memfailkan dengan Suruhanjaya suatu memorandum yang memberikan perihalan terperinci mengenai perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Setiap pengendali pelayaran tetap hendaklah mengemukakan kepada

Suruhanjaya suatu laporan pematuhan tahunan yang mengandungi maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar dalam bentuk yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(5)

Setiap pengendali pelayaran tetap hendaklah mengemukakan kepada

Suruhanjaya suatu laporan dwitahunan mengenai pematuhan Perjanjian Perkongsian

Vesel dengan kehendak bagi pelepasan liabiliti di bawah seksyen 5 Akta dalam bentuk yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya tempoh dua tahun kalendar yang laporan dwitahunan itu dikemukakan.

(6)

Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana pengendali pelayaran tetap untuk memberi butir-butir lain yang perlu bagi Suruhanjaya untuk menjalankan penilaian pasaran perkhidmatan pelayaran tetap dalam laporan yang dibuat di bawah subperenggan (4) dan (5).

(7)

Jika mana-mana pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada

Perjanjian Perkongsian Vesel ingin memohon suatu pengecualian blok yang baharu selepas tamat tempoh Perintah ini, salah seorang daripada pengendali pelayaran tetap itu hendaklah membuat permohonan kepada Suruhanjaya sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh Perintah ini.

P.U. (A) 230 6

Kewajipan untuk menjadikan dokumen atau maklumat tersedia

Section 5 — PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP) 2026