Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis kepada pengendali pelayaran tetap, membatalkan pengecualian blok yang diberikan di bawah perenggan 3
jika—
(a)
terdapat suatu pelanggaran apa-apa syarat yang dikenakan di bawah perenggan 5;
(b)
terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan di bawah perenggan 6; atau
(c)
Suruhanjaya berpendapat bahawa Perjanjian Perkongsian Vesel atau Perjanjian Perbincangan Sukarela itu adalah bukan suatu perjanjian yang baginya seksyen 5 Akta terpakai.
(2)
Pembatalan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan (1)
hendaklah berkuat kuasa—
(a)
dalam hal subsubperenggan (1)(a) atau (b), dari tarikh pelanggaran syarat atau kegagalan mematuhi obligasi yang dikenakan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
dalam hal subsubperenggan (1)(c), dari tarikh yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam notis itu.
P.U. (A) 195 8
Peruntukan peralihan