Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
P.U. (A) 195 4
(1)
Sesalinan Perjanjian Perkongsian Vesel dan Perjanjian Perbincangan
Sukarela hendaklah difailkan oleh salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap itu dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh ditandatangani.
(2)
Jika apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada Perjanjian
Perkongsian Vesel atau Perjanjian Perbincangan Sukarela selepas pemfailan perjanjian itu di bawah subperenggan (1), salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap itu hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu.
(3)
Jika perubahan atau pindaan yang disebut dalam subperenggan (2) tidak dibuat secara bertulis, salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap itu hendaklah memfailkan dengan Suruhanjaya suatu memorandum yang memberikan perihalan terperinci mengenai perubahan atau pindaan itu dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu.
(4)
Apabila diminta oleh Suruhanjaya, pengendali pelayaran tetap hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan pelayaran tetap atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pengendali pelayaran tetap itu di bawah Perjanjian Perkongsian Vesel atau Perjanjian Perbincangan Sukarela dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(5)
Apabila diminta oleh mana-mana pengguna pengangkutan mengenai apa-apa maklumat berkenaan dengan harga atau tarif bagi perkhidmatan pelayaran tetap, atau struktur dan tahap perkhidmatan bagi perkhidmatan pelayaran tetap itu,
P.U. (A) 195 7
di bawah Perjanjian Perkongsian Vesel dan Perjanjian Perbincangan Sukarela, pengendali pelayaran tetap hendaklah menjadikan tersedia maklumat itu—
(a)
di pejabat pengendali pelayaran tetap itu atau ejennya di Malaysia;
dan
(b)
di laman sesawang internet yang tersedia kepada umum.
Pembatalan pengecualian blok