Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),
Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa racun makhluk perosak yang dihasratkan untuk diimport itu dicadangkan semata-mata bagi
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai suatu contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu permit mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, termasuk syarat mengenai pelupusan mana-mana lebihan racun makhluk perosak yang tidak digunakan itu.
(3)
Jika seseorang pemohon bagi suatu permit di bawah seksyen ini tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mengeluarkan kepadanya permit itu, dia boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(4)
Sesuatu permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah membenarkan pengimportan satu konsainan sahaja satu racun makhluk perosak atau lebih dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan.
(5)
Orang yang kepadanya suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh, tertakluk pada syarat permit itu, mengimport racun makhluk perosak atau racun-racun makhluk perosak yang dinamakan dalam permit itu walaupun racun makhluk perosak atau racun-racun makhluk perosak itu tidak pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini atas permohonannya dan walau apa pun larangan dalam seksyen 13 terhadap pengimportan racun makhluk perosak yang salah jenama atau tidak didaftarkan.
(6)
Seseorang yang mengimport suatu racun makhluk perosak di bawah suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini tetapi berlawanan dengan atau melanggar mana-mana syarat permit itu melakukan suatu kesalahan.
(7)
Seseorang yang mengimport suatu racun makhluk perosak di bawah suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini dan yang menggunakan atau melupuskan racun makhluk perosak itu selain bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai suatu contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit.
Racun Makhluk Perosak 27
(8)
Lembaga boleh mewakilkan fungsinya di bawah seksyen ini kepada mana-mana ahli Lembaga itu.
Penyelidikan atau percubaan atas racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan yang disintesis di Malaysia