Malaysia legislation

Section 14A

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 14A

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa racun makhluk perosak yang dihasratkan untuk diselidik atau dibuat percubaan itu dicadangkan semata-mata bagi maksud penyelidikan atau percubaan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu permit mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, termasuk syarat mengenai pelupusan mana-mana lebihan racun makhluk perosak yang tidak digunakan.

(3)

Jika seseorang pemohon bagi suatu permit di bawah seksyen ini tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mengeluarkan kepadanya permit itu, dia boleh merayu kepada Menteri dan keputusan

Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4)

Orang yang kepadanya suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh, tertakluk pada syarat permit itu, menyelidik atau membuat percubaan atas racun makhluk perosak yang dinamakan dalam permit itu, walaupun racun makhluk perosak itu tidak pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini dan walaupun ada larangan dalam seksyen 53A terhadap pemilikan atau penggunaan racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

(5)

Seseorang yang menyelidik atau membuat percubaan atas suatu racun makhluk perosak di bawah permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini, tetapi berlawanan dengan atau melanggar mana-mana syarat permit itu, melakukan suatu kesalahan.

(6)

Seseorang yang menyelidik atau membuat percubaan atas suatu racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan tanpa suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama enam tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit.

(7)

Lembaga boleh mewakilkan fungsinya di bawah seksyen ini kepada mana-mana ahli Lembaga itu.

Section 14A — PESTICIDES ACT 1974 | mylaw.my