Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Racun Makhluk Perosak 31
Jika seseorang pemohon bagi mendapatkan suatu lesen atau seseorang pemegang suatu lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga atau
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak itu untuk memberi atau memperbaharui suatu lesen di bawah seksyen 15 atau 17, atau dengan keputusan Lembaga atau Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak itu untuk membatalkan, menggantung, atau menolak pembaharuan lesennya di bawah seksyen 18, dia boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 149