Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Kesalahan yang berhubungan dengan pengilangan, penjualan, dan penyimpanan untuk jualan
(2)
Tiada seorang pun boleh menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak selain di suatu premis yang dinyatakan dalam suatu lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 17.
(3)
Tiada seorang pun, sama ada dia seorang yang diberi lesen atau tidak di bawah Akta ini, boleh menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak yang salah jenama atau yang pada masa ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
(4)
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, dipenjarakan selama enam tahun atau didenda dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.