Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 27

Pergantungan kepada waranti atau pernyataan bertulis adalah pembelaan

(a)

tertuduh membeli makan yang dijual olehnya atas pergantungan kepada suatu waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain mengenai jenis makanan itu, yang diberikan atau dibuat oleh atau bagi pihak orang yang daripadanya dia membeli makanan itu; dan

(b)

tertuduh tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan yang dijual itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu; dan

(c)

jika makanan itu telah menepati waranti atau pernyataan itu, ia bukanlah makanan tercemar.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

(2)

Tiada waranti atau pernyataan yang diberi atau dibuat oleh seseorang yang bermastautin di luar Malaysia boleh menjadi suatu pembelaan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tertuduh membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan, dan telah sesungguhnya mempercayai, kebenaran perkara yang dinyatakan dalam waranti atau pernyataan itu.

(3)

Tiada waranti atau pernyataan boleh menjadi suatu pembelaan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tertuduh telah, dalam masa sepuluh hari selepas saman disampaikan kepadanya—

(a)

menyerahkan kepada pendakwa suatu salinan waranti atau pernyataan itu dan suatu notis bertulis menyatakan bahawa dia bercadang untuk bergantung kepadanya dan yang menyatakan nama dan alamat orang yang memberi atau membuat waranti atau pernyataan; dan

(b)

menghantar dengan pos berdaftar kepada orang itu suatu notis yang serupa tentang cadangannya.

(4)

Jika tertuduh itu ialah seorang penjawat atau ejen orang yang membeli makanan itu atas pergantungan kepada waranti atau pernyataan itu, dia berhak mendapat faedah subseksyen (1) mengikut cara yang sama dan setakat yang sama yang majikan atau prinsipalnya berhak jika majkan atau prinsipal itu ialah tertuduh, jika tertuduh membuktikan selanjutnya bahawa dia tidak mempunyai sebab mempercayai bahawa makanan itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu.

(5)

Seseorang yang, berkenaan dengan mana-mana makanan yang dijual olehnya sebagai prinsipal atau ejen, memberi atau membuat kepada pembeli itu suatu waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain yang palsu mengenai jenis makanan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kali pertama, didenda sepuluh ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, didenda dua puluh ribu ringgit, melainkan jika dia membuktikan bahawa pada masa dia memberi atau membuat waranti atau pernyataan itu dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perkara yang terkandung dalam waranti atau pernyataan itu adalah benar.

Racun Makhluk Perosak 37

Section 27 — PESTICIDES ACT 1974 | mylaw.my