Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Apabila sesuatu kemalangan yang menyebabkan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri dialami oleh seorang pekerja sebagai akibat pengendalian, penggunaan, atau kehadiran atau penyentuhan dengan atau pendedahan kepada sesuatu racun makhluk perosak dalam perjalanan pekerjaannya, majikannya hendaklah dengan serta-merta menghantar atau menyebabkan supaya dihantar kepada Menteri notis kemalangan itu dan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri itu.
(3)
Apabila seseorang pengamal perubatan yang berdaftar mendapati atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang itu telah mati atau menanggung kecederaan diri sebagai akibat daripada pengendalian, penggunaan, atau kehadiran atau penyentuhan dengan atau pendedahan kepada sesuatu racun makhluk perosak, pengamal perubatan yang berdaftar itu hendaklah dengan serta-merta menghantar atau menyebabkan supaya dihantar kepada
Menteri notis kematian atau kecederaan diri itu.
(4)
Seksyen ini tidak terpakai bagi kemalangan yang menyebabkan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri yang mengenainya notis dikehendaki oleh Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 [Akta 260]
diberi kepada Menteri yang berkenaan di bawah Akta itu.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
(5)
Seseorang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda satu ribu ringgit.
Siasatan dan penyiasatan kemalangan, kematian dan kecederaan diri