Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
binatang yang berguna kepada manusia sebagai suatu punca makanan atau hasil perlu lain atau sebagai binatang pengangkut;
(b)
binatang yang biasanya dipelihara sebagai binatang ternak atau sebagai binatang kesayangan;
(c)
binatang yang diberi perlindungan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa yang berhubungan dengan perlindungan hidupan liar;
(d)
binatang yang ada faedahnya kepada pengeluaran hasil pertanian; atau
Racun Makhluk Perosak 11
(e)
binatang yang dihargai oleh kerana sifatnya yang digemari;
“bungkusan” ertinya apa-apa benda yang dalamnya atau dengannya sesuatu racun makhluk perosak atau apa-apa makanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dikandungkan, dibalut, ditutup atau diisikan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan;
“kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“label” ertinya apa-apa benda bertulis, bercetak atau bergrafik—
(a)
yang dipasang, dilekatkan atau dicetak timbul, sama ada secara langsung atau selainnya, pada bungkusan suatu racun makhluk perosak; atau
(b)
yang menyertai suatu racun makhluk perosak;
“Lembaga” ertinya Lembaga Racun Makhluk Perosak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“makanan” termasuklah tiap-tiap bahan yang dijadikan makanan atau minuman oleh manusia atau yang termasuk dalam komposisi atau penyediaan bahan itu atau digunakan pada mengomposisikan atau menyediakan bahan itu, dan juga termasuklah benda dan rempah perasa, tetapi tidak termasuk sesuatu bahan atau campuran bahan yang digunakan oleh manusia sebagai suatu ubat;
“makanan yang tercemar” ertinya makanan yang dalamnya ada suatu racun makhluk perosak, atau suatu kuantiti, kadar, kekuatan, atau kepekatan suatu racun makhluk perosak, yang melanggar peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 21; dan suatu sebutan mengenai penggunaan atau adanya racun makhluk perosak dalam makanan termasuklah suatu sebutan mengenai penggunaannya atau adanya racun makhluk perosak itu pada makanan;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
“makhluk perosak” termasuklah bakteria, virus, kulat, rumpai, serangga, roden, burung, atau apa-apa tumbuh-tumbuhan atau binatang lain yang memudaratkan atau menyerang binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta;
“mempek” ertinya memasukkan ke dalam sesuatu bungkusan;
“mengilang” berhubung dengan sesuatu racun makhluk perosak ertinya menyediakan, menyebatikan, merumuskan, mencampurkan, membuat, mempek, mempek semula, melabelkan, atau selainnya mengawetkan racun makhluk perosak itu dengan tujuan untuk menjualnya, tetapi tidak termasuk menjalankan sesuatu penyelidikan atau percubaan bona fide yang berhubungan dengan sesuatu racun makhluk perosak atau melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang menjadi sebahagian daripada atau bersampingan dengan penyelidikan atau percubaan itu;
“menjual” termasuklah menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, atau memiliki untuk jualan, apa-apa racun makhluk perosak, atau menawarkan untuk upah apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan racun makhluk perosak;
“Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak” ertinya seseorang
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak yang dilantik di bawah seksyen 16;
“pegawai yang diberi kuasa” ertinya—
(a)
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak; atau
(b)
pegawai awam yang ditetapkan sebagai pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta;
“perawis aktif” ertinya sesuatu perawis, sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, yang mempunyai sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan sifat racun makhluk perosak kepada sesuatu bahan, benda, persediaan atau campuran, dan perawis
Racun Makhluk Perosak 13
itu merupakan satu daripada juzuk dalam bahan, benda, persediaan atau campuran itu;
“piawaian cerakinan” ertinya bahan yang mengandungi suatu perawis aktif dan digunakan sebagai piawaian rujukan dalam pencerakinan sesuatu racun makhluk perosak;
“racun makhluk perosak” ertinya, tertakluk pada subseksyen (2)—
(a)
apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau
(b)
apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya, tetapi tidak termasuk makanan yang tercemar atau apa-apa barang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Lembaga.
(2)
Bagi maksud Akta ini, sesuatu racun makhluk perosak hendaklah disifatkan sebagai suatu racun makhluk perosak yang berlainan daripada suatu racun makhluk perosak lain jika—
(a)
nama kimia racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama kimia racun makhluk perosak yang satu lagi itu;
(b)
nama dagangan atau cap dagangan racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama dagangan atau cap dagangan racun makhluk perosak yang satu lagi itu;
(c)
perawis racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada perawis racun makhluk perosak yang satu lagi itu, pada jenis, bilangan, kadar, kepekatan, atau dalam hal lain;
(d)
racun makhluk perosak itu dirumuskan secara yang berlainan daripada cara dirumuskan racun makhluk perosak yang satu lagi itu;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
(e)
racun makhluk perosak itu dikilang oleh seorang pengilang selain pengilang racun makhluk perosak yang satu lagi itu;
atau
(f)
racun makhluk perosak itu adalah berlainan pada kualiti, jenis, sifat, atau kemujarabannya daripada racun makhluk perosak yang satu lagi itu.
(3)
Bagi maksud Akta ini, sesuatu racun makhluk perosak hendaklah disifatkan sebagai salah jenama jika—
(a)
labelnya itu mengandungi suatu pernyataan, reka bentuk atau grafik yang berhubungan dengan racun makhluk perosak itu yang adalah palsu atau mengelirukan pada apa-apa butir matan, atau jika bungkusannya adalah selainnya memperdayakan berkenaan dengan kandungan bungkusan itu;
(b)
ia merupakan suatu tiruan, atau dijual bawah nama, suatu racun makhluk perosak lain;
(c)
labelnya tidak mengandungi apa-apa amaran atau ingatan yang perlu dan, jika dipatuhi, memadai bagi mengelakkan risiko kepada manusia atau binatang;
(d)
apa-apa perkataan, pernyataan, maklumat atau perkara lain yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan supaya ditunjukkan atas labelnya tidak sedikit pun ditunjukkan atasnya atau tidak ditunjukkan mengikut cara yang ditetapkan;
(e)
ia tidak dipekkan atau dilabelkan mengikut cara yang ditetapkan;
(f)
ia mempunyai suatu keracunan yang berlainan daripada keracunan yang dikatakan ia mempunyainya;
(g)
ia dicampurkan atau dipekkan dengan sesuatu bahan
Racun Makhluk Perosak 15
supaya jenis atau kualiti asalnya akan berubah kemudiannya; atau
(h)
ia mengandungi suatu bahan selain bahan atau bahan-bahan yang dikatakan ia mengandunginya.