Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan suatu Lembaga bernama Lembaga Racun Makhluk Perosak dan terdiri daripada ahli yang berikut:
(a)
Ketua Pengarah Pertanian, yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
(b)
seorang pegawai kanan Jabatan Pertanian, Semenanjung
Malaysia, yang hendaklah dilantik oleh Menteri, dan dia hendaklah menjadi Setiausaha;
(c)
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam);
(d)
Ketua Pengarah Kimia;
(e)
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia;
(f)
Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia;
(g)
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia;
(h)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan;
(i)
Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
(j)
Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung Malaysia;
(k)
Pengarah Pertanian, Sabah;
(l)
Pengarah Pertanian, Sarawak;
(m)
Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling; dan
(n)
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Ahli silih ganti