Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh pada bila-bila masa yang munasabah masuk ke dalam mana-mana tempat yang sesuatu racun makhluk perosak adalah atau boleh semunasabahnya dianggap disimpan atau disetor dan, dengan sendirinya atau dengan mana-mana orang lain yang menyertainya dan yang bertindak di bawah arahannya dan dalam kehadirannya, boleh menggeledah tempat itu dan boleh—
(a)
memeriksa dan, apabila membayar nilai pasaran semasanya, jika diminta, mengambil contoh apa-apa bahan yang didapati dalam tempat itu dan
CATATAN—Lihat P.U. (A) 97/76—Perintah Pengubahsuaian Undang-undang (Acara Jenayah)
(Sabah dan Sarawak) 1976.
Racun Makhluk Perosak 43
semunasabahnya dipercayai sebagai atau mengandungi suatu racun makhluk perosak;
(b)
menghendaki dikemukakan, memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku atau rekod yang berhubungan dengan atau semunasabahnya dipercayai berhubungan dengan apa-apa perniagaan atau pengurusan racun makhluk perosak dan yang disimpan atau didapati dalam tempat itu dan boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa buku atau rekod itu boleh memberikan keterangan tentang perlakuan suatu kesalahan terhadap
Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, menyita buku atau rekod itu;
(c)
menyita, menahan atau memindahkan apa-apa bahan yang didapati dalamnya dan yang semunasabahnya dipercayai sebagai atau mengandungi suatu racun makhluk perosak yang berkenaan dengannya suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan adalah sedang atau telah dilakukan, dan menandakan, mengelak atau selainnya mendapatkan bahan itu bagi melaksanakan penyitaan, penahanan atau pemindahan bahan itu.
Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah kenderaan