Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 30

(2)

Majistret itu hendaklah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum diadakan siasatan atau inkues itu, menghantar kepada Menteri notis secara bertulis tentang masa dan tempat bagi mengadakan siasatan atau inkues itu.

(3)

Jika, dalam masa apa-apa siasatan atau inkues dijalankan, ternyata pada Majistret yang mengadakan siasatan atau inkues itu bahawa kematian yang menjadi hal perkara siasatan atau inkues itu mungkin telah disebabkan oleh suatu racun makhluk perosak atau ialah suatu kematian yang dalamnya suatu racun makhluk perosak mungkin telah terlibat, dia hendaklah, melainkan jika—

(a)

notis yang dikehendaki oleh subseksyen (2) telah dihantar;

atau

(b)

seorang wakil Menteri hadir di siasatan atau inkues itu, menangguhkan siasatan atau inkues itu, tetapi sebelum berbuat demikian dia boleh mengambil keterangan bagi mengecamkan mayat itu.

(4)

Majistret itu hendaklah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum diadakan siasatan atau inkues yang ditangguhkan, menghantar kepada Menteri notis secara bertulis tentang masa dan tempat bagi mengadakan siasatan atau inkues yang ditangguhkan itu.

(5)

Seorang wakil Menteri yang hadir di sesuatu siasatan atau inkues yang disebut dalam seksyen ini boleh, tertakluk pada perintah

Majistret atau perkara undang-undang, memeriksa mana-mana saksi.

(6)

Suatu salinan nota keterangan dan dapatan yang dibuat dalam tiap-tiap siasatan atau inkues itu hendaklah diberikan kepada Menteri tanpa bayaran.

(7)

Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

yang tidak selaras dengannya dalam undang-undang berkaitan tetapi hendaklah selainnya dibaca dan ditafsirkan sebagai satu dengan undang-undang berkaitan itu.

(8)

Seksyen ini tidak terpakai bagi kes kehilangan jiwa manusia yang disebabkan oleh kemalangan iaitu yang mengenainya notis dikehendaki oleh Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 diberikan kepada Menteri yang berkenaan di bawah Akta itu.

(9)

Dalam seksyen ini—

“Majistret yang berkenaan” ertinya Majistret yang kepadanya, di bawah undang-undang berkaitan, dihantar oleh pegawai penjaga suatu daerah polis atau suatu balai polis, laporan suatu penyiasatan sebab sesuatu kematian;

“undang-undang berkaitan” ertinya Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593] atau Ordinan Inkues bagi Sabah [Ord. 6 tahun 1959] atau

Sarawak [Bab 48], mengikut mana-mana yang berkenaan.