Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Jika penyitaan, penahanan atau pemindahan apa-apa bahan di bawah Akta ini dibuat semasa ketidakhadiran seseorang yang mempunyai atau nampaknya mempunyai milikan, jagaan atau kawalan yang sah bahan itu, pegawai yang diberi kuasa yang membuat atau menguatkuasakan penyitaan, penahanan atau pemindahan itu hendaklah dengan serta-merta memberi notis berkenaan dengannya secara bertulis kepada pemunya atau kepada ejen pemunya, atau kepada pemberi konsain atau penerima konsain, bahan itu, jika nama dan alamatnya disertakan bersama dengan bahan itu atau, selepas siasatan yang munasabah atau selainnya, diketahui oleh pegawai yang diberi kuasa dan alamat itu adalah dalam Malaysia.