Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Aduan mengenai penyitaan, penahanan atau pemindahan
(2)
Majistret itu tidak boleh tidak membenarkan penyitaan, penahanan atau pemindahan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, melainkan jika dia berpuas hati—
(a)
bahawa penyitaan, penahanan atau pemindahan itu adalah tidak sah; atau
(b)
jika penyitaan, penahanan atau pemindahan itu adalah sah, bahawa tiada pelanggaran Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan telah berlaku.
(3)
Bahan yang disita, ditahan atau dipindahkan itu hendaklah—
(a)
jika tiada aduan dibuat di bawah dan mengikut seksyen ini; atau
(b)
jika penyitaan, penahanan atau pemindahan itu disahkan, setakat pengesahan itu, menjadi harta Kerajaan dan hendaklah dilupuskan, secara dibinasakan atau selainnya, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, melainkan jika ia dicadangkan untuk mendakwa mana-mana orang berkenaan dengan bahan itu, yang dalam hal itu bahan itu hendaklah dipegang untuk mematuhi keputusan pendakwaan dan perintah mahkamah di bawah seksyen 49.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3)—
(a)
pegawai yang diberi kuasa menyita, menahan atau memindahkan sebarang bahan boleh membinasakannya
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
atau menyebabkan ia dibinasakan jika dan apabila dia mendapati bahawa bahan itu telah menjadi rosak tetapi hendaklah, dengan serta-merta selepas pembinasaan itu, menyediakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani olehnya dan menyatakan perihalan dan kuantiti bahan yang dibinasakan itu, dan tarikh, masa, kaedah-kaedah dan sebab pembinasaan itu;
(b)
Menteri boleh pada bila-bila masa memerintahkan supaya dikembalikan bahan itu kepada mana-mana orang jika difikirkannya adil dan wajar untuk berbuat demikian.
Saman