Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 52

Pemberitahuan sabitan

Suatu pemberitahuan nama dan pekerjaan seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan dan alamat atau alamat-alamat tempat atau tempat perniagaannya, jenis kesalahan itu, penalti yang dikenakan dan apa-apa perintah yang dibuat hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh mahkamah, disiarkan dalam mana-mana akhbar yang diedarkan dalam Malaysia atau dalam mana-mana bahagian daripadanya.