Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Seseorang yang, membuat suatu permohonan di bawah Akta ini selain suatu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen untuk menjual atau menyimpan untuk jualan suatu racun makhluk perosak, memberi maklumat atau membuat suatu pernyataan yang palsu pada apa-apa butir material, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa maklumat atau pernyataan itu adalah palsu dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan kebenarannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama satu tahun atau didenda dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Racun Makhluk Perosak 55
Pemilikan atau penggunaan racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan dan penggunaan racun makhluk perosak dengan cara yang tidak diluluskan