Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Penjalanan mesyuarat Lembaga
(2)
Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Lembaga, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Racun Makhluk Perosak 17
(3)
Pengerusi atau ahli lain yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah mempunyai suatu undi biasa dan, jika mengenai sesuatu persoalan undi-undi itu terbahagi sama banyak, suatu undi pemutus.
(4)
Lembaga hendaklah mengadakan mesyuarat di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Pengerusi; dan pada sesuatu mesyuarat Lembaga tujuh orang ahli termasuk Pengerusi atau ahli lain yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah menjadi suatu kuorum.
(5)
Lembaga boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya tetapi orang itu tidak mempunyai hak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(6)
Tertakluk pada seksyen ini, Lembaga boleh mengatur tatacaranya sendiri.