Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 7

(2)

Tertakluk pada subseksyen (4), seseorang pemohon mestilah, bersama dengan permohonannya menghantar kepada Lembaga—

(a)

suatu pernyataan mengenai nama biasa racun makhluk perosak itu, jika boleh didapati, nama dagangannya, nama kimianya, dan formula strukturnya, dan nama dan kepekatan tiap-tiap perawis aktif racun makhluk perosak itu;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

(b)

nama dan kepekatan tiap-tiap perawis lain racun makhluk perosak itu;

(c)

maklumat lengkap mengenai keracunan tiap-tiap perawis racun makhluk perosak itu dan keracunan racun makhluk perosak itu keseluruhannya;

(d)

semua perkara yang dicadangkan untuk dimasukkan pada label racun makhluk perosak itu, termasuklah arahan, dan langkah-langkah bagi mengelakkan kemalangan yang hendaklah diambil berkaitan dengan, penggunaannya, apa-apa yang dikatakan dipunyai olehnya dan kelas racun makhluk perosak yang dicadangkan;

(e)

suatu pernyataan mengenai, atau suatu contoh, bungkusan yang dicadangkan bagi racun makhluk perosak itu;

(f)

laporan mengenai kemujaraban dan keselamatan racun makhluk perosak itu;

(g)

suatu pernyataan mengenai cara-cara mencerakinkan racun makhluk perosak itu dan mengenai kewibawaan atau punca maklumat yang dijadikan asas bagi pernyataan itu;

(h)

suatu pernyataan mengenai cara menentukan baki racun makhluk perosak itu pada tumbuh-tumbuhan atau tanam-tanaman yang padanya racun makhluk perosak itu dicadangkan hendak digunakan;

(i)

alamat tempat perniagaan pemohon itu dan alamat tempat pemohon itu bercadang hendak menyimpan racun makhluk perosak itu;

(j)

jika dia seorang pengilang, nama dan alamat kilang, bangunan, atau premis yang pemohon itu bercadang hendak mengilang racun makhluk perosak itu dan suatu

Racun Makhluk Perosak 19

rencana ringkas mengenai proses mengilang racun makhluk perosak itu; dan

(k)

suatu amaun yang ditetapkan bagi contoh racun makhluk perosak yang hendak didaftarkan oleh pemohon.

(3)

Lembaga boleh menghendaki pemohon—

(a)

supaya memberi kepadanya apa-apa maklumat yang berhubungan dengan racun makhluk perosak itu selain perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2); dan

(b)

supaya meminda atau mengubah suai perkara yang dinyatakan dalam perenggan (2)(d) dan (e) agar mematuhi kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang berhubungan dengannya atau, jika tidak ada apa-apa kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu pada masa ini, supaya mematuhi dasar Lembaga yang berhubungan dengannya.

(4)

Lembaga boleh, bagi mana-mana kes tertentu, mengetepikan mana-mana kehendak subseksyen (2) atau menerima dan bertindak atas sesuatu permohonan yang tidak mempunyai mana-mana daripada kehendak itu, jika ia menganggap bahawa ia boleh bertindak dengan sepatutnya di bawah seksyen 8 walaupun kehendak itu tidak ada.

(5)

Tiap-tiap permohonan yang dibuat kepada Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan.

Pendaftaran dan penolakan untuk mendaftar

Section 7 — PESTICIDES ACT 1974 | mylaw.my