Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(a)
semua perkara yang terkandung dalam permohonan itu dan yang disertakan bersamanya adalah benar pada semua butir material;
(b)
perkara yang dicadangkan untuk dimasukkan pada label racun makhluk perosak itu, dan bungkusan yang dicadangkan bagi racun makhluk perosak itu, adalah mematuhi kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang berhubungan dengan pelabelan dan pembungkusan atau, jika tidak ada kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu pada masa ini, mematuhi dasar Lembaga yang berhubungan dengannya; dan
(c)
racun makhluk perosak itu, jika digunakan atau dikendalikan mengikut arahan yang dimasukkan pada labelnya yang dicadangkan, adalah mujarab dan adalah—
(i)
selamat kepada manusia dan binatang; atau
(ii)
menjadi suatu risiko kepada manusia dan binatang pada suatu takat atau darjah minimum yang amat sedikit jika dibandingkan dengan betapa perlu atau berfaedahnya racun makhluk perosak itu digunakan.
(2)
Jika Lembaga tidak berpuas hati dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1), ia tidak boleh mendaftarkan racun makhluk perosak itu.
(3)
Jika sesuatu penentuan standard berkenaan dengan racun
Racun Makhluk Perosak 21
makhluk perosak telah diisytiharkan di bawah seksyen 28 *Akta
Institut
Piawaian
Dan
Penyelidikan
Perindustrian
Malaysia
(Perbadanan) 1975 [Akta 157]—
(a)
dalam merumuskan dasarnya yang berhubungan dengan label dan bungkusan racun makhluk perosak itu bagi maksud perenggan (1)(b), Lembaga hendaklah, sebagai tambahan kepada perkara lain, mengambil kira kehendak-kehendak berkaitan penentuan standard dan keperluan atau selainnya menerima pakai mana-mana atau semua kehendak itu; dan
(b)
dalam mentaksir dan menentukan kemujaraban dan keselamatan racun makhluk perosak bagi maksud perenggan (1)(c), Lembaga hendaklah sebagai tambahan kepada faktor penentu lain, mengambil kira kehendak-kehendak berkaitan penentuan standard, dan boleh menolak untuk mendaftarkan racun makhluk perosak itu jika ia tidak memenuhi mana-mana kehendak itu.
(3A)
Bagi maksud subseksyen
(1)
,
Lembaga hendaklah mengeluarkan garis panduan mengenai pengelasan racun makhluk perosak.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), jika suatu permohonan dibuat bagi pendaftaran suatu racun makhluk perosak yang pada masa ini didaftarkan atas permohonan yang dibuat terdahulu oleh seseorang lain, Lembaga hendaklah, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, mendaftarkan racun makhluk perosak itu atas syarat yang sama dengan syarat yang dikenakan ke atas pendaftaran yang sedia ada itu, memberikan suatu nombor pendaftaran kepada racun makhluk perosak itu, dan mengeluarkan kepada pemohon yang kemudian itu suatu perakuan pendaftaran racun makhluk perosak itu.
*CATATAN─Akta Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan)
1975 [Akta 157] telah dimansuhkan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]—lihat subseksyen 23(1) Akta 549.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
Tempoh pendaftaran