Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Ordinan Pelombongan Sabah [Ord. 20/1960], Ordinan
Pelombongan Minyak Sarawak [Bab 85] dan mana-mana undang-undang Negeri lain yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak yang berhubungan dengan perlombongan hendaklah terus berkuat kuasa kecuali yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir dan peruntukan-peruntukan Ordinan tersebut dan mana-mana undang-undang sedemikian setakat yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.
(b)
Apa-apa lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak sebaik sebelum 8 November 1969 bagi pengeksplorasian, pencarigalian
Pelombongan Petroleum 13
atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah terus berkuat kuasa tertakluk kepada perenggan (c), (d) dan (e).
(c)
Segala hak yang terakru atau patut diberikan kepada dan segala liabiliti dan obligasi yang dikenakan ke atas atau ditanggung oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak di bawah atau menurut kuasa apa-apa lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang disebut dalam perenggan (b) hendaklah terakru dan patut diberikan kepada dan hendaklah dikenakan ke atas dan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
(d)
Peruntukan lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang disebut dalam perenggan (b) hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada Akta ini.
(e)
Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 1972, melalui perintah, membuat apa-apa peruntukan peralihan atau kecualian yang selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik