Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia tetapi dalam pemakaiannya bagi Sabah dan Sarawak ia hendaklah berkuat kuasa hanya berkenaan dengan tanah di luar pesisir.
Tafsiran
/akn/my/act/act/1966/95
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 is Malaysia Act, cited as Act 95 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Opening note
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia tetapi dalam pemakaiannya bagi Sabah dan Sarawak ia hendaklah berkuat kuasa hanya berkenaan dengan tanah di luar pesisir.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah seksyen 12;
“kerja pengeksplorasian” ertinya apa-apa kerja yang dijalankan berkaitan dengan pengeksplorasian petroleum;
“lesen pengeksplorasian” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 7;
“pantai pasang surut” ertinya semua bahagian tanah yang terletak di antara pinggir laut dengan tikas air surut bagi pasang perbani biasa;
6
Undang-Undang Malaysia
“pelantar benua” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83];
“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen pengeksplorasian dikeluarkan dan termasuk penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya;
“perjanjian petroleum” ertinya perjanjian yang dibuat di bawah seksyen 8 dan 9;
“petroleum” termasuk apa-apa minyak galian atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang wujud dalam keadaan semula jadi di dalam lintap tetapi tidak termasuk arang batu atau syal bitumen atau longgokan berlintap lain yang daripadanya minyak boleh diekstrak dengan cara penyulingan memusnah;
“Pihak Berkuasa Petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(3);
“tanah”, berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdampingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, ertinya kawasan tanah di luar pesisir sahaja;
“tanah di daratan” termasuk pantai pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah Negeri;
“tanah di luar pesisir” ertinya kawasan pelantar benua.
Sekatan ke atas pengeksplorasian, pencarigalian dan perlombongan petroleum
Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan seksyen ini atau mana-mana syarat sesuatu lesen pengeksplorasian atau sesuatu perjanjian petroleum yang dikeluarkan kepadanya atau dibuat olehnya melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan,
Pelombongan Petroleum 7
boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan segala jentera, alat, loji, bangunan dan harta lain bersama-sama dengan apa-apa galian atau hasil lain yang mungkin dijumpai di atau dibuktikan telah didapati daripada tanah yang diekplorasi, dicari gali atau dilombongi dengan cara yang menyalahi undang-undang sedemikian boleh dilucuthakkan.
Orang yang boleh membuat permohonan
Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen pengeksplorasian atau bagi mendapatkan petroleum hendaklah dipertimbangkan dan diluluskan atau ditolak, mengikut mana yang berkenaan, oleh Pihak
Berkuasa Petroleum.
Pihak Berkuasa Petroleum ialah—
berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan
berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan
Agong.
Cara permohonan boleh dibuat
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa fi yang ditetapkan.
8
Undang-Undang Malaysia
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan dua salinan peta pejabat ukur yang menunjukkan dengan ditandakan di atasnya sempadan kawasan tanah yang berkenaan dengannya lesen pengekplorasian atau perjanjian petroleum, mengikut mana yang berkenaan, dipohon; dan mengenai permohonan bagi mendapatkan lesen pengekplorasian, permohonan itu hendaklah disokong dengan keterangan bahawa pemohon itu bertujuan hendak menjalankan kerja pengeksplorasian dengan suci hati.
Pemohon hendaklah apabila diminta oleh Menteri Besar,
Ketua Menteri atau, mengikut mana yang berkenaan, Menteri, memberikan apa-apa keterangan yang difikirkan perlu oleh Pihak
Berkuasa Petroleum tentang kedudukan kewangan dan kelayakan tekniknya dan tentang kebolehannya untuk mematuhi apa-apa terma dan syarat lesen pengekplorasian atau, mengikut mana yang berkenaan, perjanjian petroleum itu; dan jika keterangan sedemikian tidak diberikan dalam tempoh tiga bulan dari permintaan baginya, permohonan itu hendaklah, melainkan jika Pihak Berkuasa Petroleum memutuskan selainnya, disifatkan telah ditarik balik.
Segala maklumat yang terkandung dalam, atau diberikan kepada Pihak Berkuasa Petroleum menurut, sesuatu permohonan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dianggap sulit.
Jika mana-mana orang menghendaki suatu lesen pengeksplorasian atau suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan dua kawasan atau lebih yang berasingan, permohonan yang berasingan hendaklah dibuat berkenaan dengan setiap kawasan itu.
Luputnya kelulusan
Jika sesuatu perjanjian petroleum tidak dilaksanakan dalam masa enam bulan berikutan tarikh kelulusan permohonan baginya, hak pemohon terhadap sesuatu perjanjian hendaklah disifatkan telah luput melainkan jika Pihak Berkuasa Petroleum berpendapat bahawa kelewatan itu tidak disebabkan oleh kesilapan pemohon.
Lesen pengeksplorasian
sesuatu lesen pengeksplorasian tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah yang telah pun diliputi oleh suatu perjanjian petroleum yang dibuat di bawah seksyen 8; dan
tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pihak
Berkuasa Petroleum mengeluarkan, berkenaan dengan kawasan tanah yang sama lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau lesen pengeksplorasian yang lain kepada orang atau orang lain.
Setiap pemegang lesen hendaklah menikmati hak dan kebebasan yang diberikan di bawah lesennya sepanjang lesen itu berterusan sama seperti pemegang lesen lain yang kepadanya telah diberikan atau mungkin akan diberikan kemudiannya lesen pengeksplorasian berkenaan dengan kawasan yang sama.
Tiap-tiap lesen pengeksplorasian hendaklah bagi suatu tempoh permulaan selama dua tahun dan selepas itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa apabila permohonan bagi pelanjutan lesen itu diminta dan disokong oleh keterangan bahawa pemegang lesen itu telah sebenarnya menjalankan kerja pengeksplorasian secara yang munasabah dalam masa sahnya lesen pengeksplorasian itu.
Pemegang lesen boleh pada bila-bila masa memohon kepada
Pihak Berkuasa Petroleum bagi mendapatkan suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan yang dipegang di bawah lesen pengeksplorasiannya; dan apabila dikeluarkan suatu perjanjian petroleum yang meliputi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya semua lesen pengeksplorasian yang meliputi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah tamat tanpa Pihak Berkuasa Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen.
Sesuatu lesen pengeksplorasian hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua:
Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat apa-apa pengubahsuaian dan penyisihan dan boleh menambahkan apa-apa fasal tambahan yang meliputi perkara yang berkaitan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum.
10
Undang-Undang Malaysia
Perjanjian petroleum
Dengan syarat bahawa—
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9, tiap-tiap perjanjian petroleum hendaklah meliputi suatu kawasan tanah yang tidak melebihi 4,000 batu persegi, dan hendaklah dalam bentuk dan hendaklah mengandungi terma dan syarat contoh perjanjian petroleum di bawah perenggan 12(1)(i):
Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat apa-apa pengubahsuaian dan penyisihan dan boleh menambahkan apa-apa fasal tambahan yang meliputi perkara yang berkaitan berkenaan dengan mana-mana perjanjian petroleum tertentu sebagaimana yang didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum.
Perjanjian petroleum tunggal bagi kawasan berdampingan
Jika jumlah kawasan yang diliputi oleh sesuatu perjanjian petroleum tunggal yang dibuat berkenaan dengan dua kawasan berdampingan atau lebih melebihi 4,000 batu persegi, obligasi berkenaan dengan komitmen perbelanjaan dan bayaran tahunan tetap di bawah perjanjian itu hendaklah dinaikkan secara berkadar mengikut kadar kawasan yang lebih itu berbanding dengan kawasan 4,000 batu persegi itu.
Bagi maksud seksyen ini, “kawasan berdampingan” ertinya kawasan yang terletak di atas struktur geologi yang sama atau meliputi suatu kumpulan struktur yang serupa dan berkaitan dari segi geologi.
Pelombongan Petroleum 11
Pemberian lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum dikeluarkan kepada, atau dibuat dengan, atau wujud pada masa yang sama bagi orang yang sama.
Pemberitahuan mengenai apa-apa pelaksanaan penyerahan balik, dsb., sesuatu perjanjian petroleum
Pihak Berkuasa Petroleum hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas pelaksanaan, penyerahan balik, penamatan atau penyerahhakan mana-mana perjanjian petroleum atau hak di bawahnya di bawah Akta ini, menyiarkan suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai hal itu yang menyatakan nama orang yang dengannya perjanjian petroleum itu dibuat, nama mana-mana pemegang serah hak dan kedudukan kawasan yang berkenaan.
Peraturan-peraturan
bentuk dan kandungan contoh perjanjian petroleum;
pelantikan, kewajipan, keistimewaan dan kuasa pegawai untuk menguatkuasakan Akta ini termasuklah lesen pengeksplorasian dan apa-apa perjanjian petroleum yang dikeluarkan atau dibuat di bawahnya;
fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa jua yang dikehendaki dilakukan di bawah Akta ini termasuklah pengeluaran suatu lesen pengeksplorasian dan pembuatan sesuatu perjanjian petroleum;
penubuhan kawasan keselamatan di sekeliling mana-mana pepasangan rizab petroleum yang didirikan di dasar laut:
Dengan syarat bahawa tiada kawasan keselamatan di sekeliling pepasangan pelombongan petroleum yang didirikan di atas tanah di luar pesisir di luar perairan wilayah boleh dikehendaki melebihi lingkungan lima ratus meter;
12
Undang-Undang Malaysia
keselamatan am, kesihatan, keadaan kerja dan kebajikan orang yang bekerja dalam pelombongan minyak sama ada di daratan atau di luar pesisir; dan
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (1)(i)
hingga (iii), setakat yang berhubungan dengan Negeri, tidak boleh berkuat kuasa dalam mana-mana Negeri sehingga peraturan itu dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan; dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan (1)(vi) boleh memperuntukkan bahawa peraturan itu hendaklah sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buruh dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan perkara yang ditentukan dalam perenggan itu.
Pemansuhan dan kecualian
Ordinan Pelombongan Sabah [Ord. 20/1960], Ordinan
Pelombongan Minyak Sarawak [Bab 85] dan mana-mana undang-undang Negeri lain yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak yang berhubungan dengan perlombongan hendaklah terus berkuat kuasa kecuali yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir dan peruntukan-peruntukan Ordinan tersebut dan mana-mana undang-undang sedemikian setakat yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.
Apa-apa lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak sebaik sebelum 8 November 1969 bagi pengeksplorasian, pencarigalian
Pelombongan Petroleum 13
atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah terus berkuat kuasa tertakluk kepada perenggan (c), (d) dan (e).
Segala hak yang terakru atau patut diberikan kepada dan segala liabiliti dan obligasi yang dikenakan ke atas atau ditanggung oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak di bawah atau menurut kuasa apa-apa lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang disebut dalam perenggan (b) hendaklah terakru dan patut diberikan kepada dan hendaklah dikenakan ke atas dan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
Peruntukan lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang disebut dalam perenggan (b) hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada Akta ini.
Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 1972, melalui perintah, membuat apa-apa peruntukan peralihan atau kecualian yang selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik
Sebelum memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1),
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemunya tanah beri hakmilik itu hak untuk didengar, dan kebenaran yang diberikan sedemikian muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Apabila dikemukakan kepada pemunya tanah beri hakmilik kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1), pemunya itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau seseorang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanah itu.
14
Undang-Undang Malaysia
dikemukakan kepadanya, pemunya tanah beri hakmilik itu enggan atau tidak membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau orang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanahnya, pemunya itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ringgit bagi tiap-tiap hari dia terus enggan atau tidak membenarkan orang itu masuk.
Bagi maksud seksyen ini ungkapan “pemunya” termasuklah pemegang gadaian, penerima pajak, penghuni atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai tanah itu; dan ungkapan
“kemasukan” termasuklah penggunaan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen atau perjanjian petroleum itu.
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 5(1) dan perenggan 12(1)(vii)]
PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN LESEN PENGEKSPLORASIAN ATAU
BAGI MENDAPATKAN PERJANJIAN PETROLEUM
Nama penuh pemohon (pemohon-pemohon):
Jika permohonan dibuat oleh individu atau individu-individu—
alamat:
kewarganegaraan:
pekerjaan:
setiap individu.
Jika permohonan dibuat oleh syarikat—
undang-undang yang di bawahnya syarikat itu diperbadankan:
tempat utama perniagaan:
jika tempat utama perniagaan di luar Malaysia, nama dan alamat ejen yang diberi kuasa dengan sewajarnya di Malaysia:
jenis perniagaan:
nama dan kewarganegaraan setiap pengarah:
nama setiap pemegang syer utama dan jumlah syer yang dipegang olehnya:
Pelombongan Petroleum 15
Sama ada perjanjian petroleum di daratan atau perjanjian petroleum di luar pesisir atau lesen pengeksplorasian petroleum diperlukan:
Kedudukan dan anggaran keluasan tanah yang berkenaan dengannya permohonan dibuat:
Butir-butir ringkas mengenai pengalaman terdahulu dalam kerja mencari gali petroleum atau memajukan medan minyak:
Nama dan kelayakan pakar atau penasihat teknik:
Butir-butir ringkas mengenai kepentingan dalam dan akses kepada kemudahan penapisan dan pemasaran di luar Malaysia:
Amaun modal bagi operasi di bawah lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum yang dipohon—
yang ada pada masa ini:
yang boleh diadakan oleh pemohon dan sumbernya:
Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua butir yang dinyatakan di atas adalah betul.
Tandatangan Pemohon
(Pemohon-pemohon)*
*Jika pemohon ialah suatu syarikat nyatakan atas sifat apa borang ditandatangani.
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 7(5)]
Kerajaan............
LESEN PENGEKSPLORASIAN
Tafsiran
1. (1) Dalam lesen ini—
“kawasan pengeksplorasian” ertinya kawasan tanah di luar pesisir/di daratan yang dinyatakan dalam Jadual di bawah ini, dan jika sebahagian daripada kawasan itu telah terhenti menjadi perkara lesen ini mengikut terma dan syarat lesen ini, kawasan itu sebagaimana yang dikurangkan mengikutnya;
“pemegang lesen” ertinya ......................................* dan termasuk pengganti-penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya;
*Masukkan nama dan alamat pemegang lesen.
16
Undang-Undang Malaysia
†“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Negeri dan, kecuali dalam Fasal 2,3,4, 8(2), 25 dan 26 termasuk ;
†“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Yang di-Pertuan Agong dan, kecuali dalam Fasal 2, 3, 4, 8(2), 25 dan 26, termasuk Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah dan lombong;
“telaga” termasuklah lubang gerek.
Apa-apa obligasi yang dikehendaki dipatuhi oleh pemegang lesen hendaklah, pada bila-bila masa apabila pemegang lesen itu daripada seorang, bersesama dan berasingan.
Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam lesen ini yang tidak ditakrifkan dalam lesen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Pelombongan Petroleum 1966
hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu.
Hak untuk mencari petroleum 2.
Sebagai balasan bagi bayaran yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan pelaksanaan dan kepatuhan oleh pemegang lesen akan segala terma dan syarat lesen ini, LESEN DAN KEBEBASAN dengan ini diberikan di bawah
Akta Pelombongan Petroleum 1966 kepada pemegang lesen untuk mencari petroleum dalam kawasan pengeksplorasian sepanjang berterusannya lesen ini bersama dengan orang lain yang telah diberi atau mungkin akan diberi kemudiannya hak yang serupa dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lesen ini:
Dengan syarat bahawa sekiranya Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum berkenaan dengan kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya dengan pemegang lesen atau dengan mana-mana orang lain hak-hak yang dengan ini diberikan berkenaan dengan kawasan yang diliputi oleh perjanjian petroleum itu hendaklah tamat dengan serta-merta tanpa Pihak Berkuasa
Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen itu.
†Potong-mana-mana yang tidak berkenaan.
Raja†
Yang Di-Pertuan Negeri†
Menteri Besar†
Ketua Menteri†
Pelombongan Petroleum 17
Perizaban yang berhubungan dengan kuasa untuk mengerjakan galian, untuk memberikan lesen, pajakan, dsb.
3. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (2), hak dan kuasa yang diberikan di bawah lesen ini tertakluk kepada perizaban yang berikut, iaitu dengan ini dirizabkan—
kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk mencari, menggali, mengerjakan dan mendapatkan apa-apa arang batu atau galian atau bahan lain termasuk petroleum di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya;
kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum berkenaan dengan keseluruhan kawasan pengeksplorasian untuk memberikan pajakan atau lesen kepada mana-mana orang untuk mencari, menggali, mengerjakan, melombong dan mendapatkan apa-apa batu arang atau galian lain (termasuk petroleum) di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya;
kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk masuk ke dalam atau ke atas apa-apa bahagian tanah berlesen yang merupakan tanah Kerajaan atau yang diletakhakkan pada Kerajaan Persekutuan bagi maksud menggunakan segala hak yang diberikan oleh undang-undang kepada Pihak Berkuasa Petroleum termasuk hak yang diberikan kepada pemegang lesen dalam Fasal 2 dan apa-apa hak untuk memberikan pajakan atau lesen atas semua tanah atau mana-mana bahagiannya.
Perizaban yang terkandung dalam Fasal ini tidak boleh digunakan dengan cara yang boleh menghalang atau mengganggu atau membolehkan mana-mana orang atau badan menghalang atau mengganggu hak dan kuasa pemegang lesen di bawah lesen ini.
Kuasa untuk menyisihkan bahagian
4. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang terdahulu Pihak Berkuasa
Petroleum mempunyai kuasa pada bila-bila masa untuk menyisihkan dari kawasan pengeksplorasian mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian yang dari semasa ke semasa dikehendaki bagi apa-apa jua maksud awam:
Dengan syarat bahawa bahagian yang disisihkan di bawah Fasal ini hendaklah terus menjadi sebahagian daripada kawasan pengeksplorasian tertakluk kepada lesen ini tetapi tiada apa-apa operasi di bawah lesen ini boleh dijalankan ke atas atau dalam bahagian itu, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang mengawal bahagian yang disisihkan itu.
Pemegang lesen hendaklah dibebaskan daripada segala liabiliti dan obligasi di bawah lesen ini berkenaan dengan mana-mana bahagian yang disisihkan menurut Fasal ini kecuali liabiliti dan obligasi yang telah terakru sebelum penyisihan itu.
18
Undang-Undang Malaysia
Sekatan ke atas kuasa pemegang lesen
5. (1) Tiada apa-apa jua dalam lesen ini boleh memberi kuasa atau membenarkan pemegang lesen memasuki atau menduduki atau menggunakan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan boleh Fasal 2 berhubung dengan—
mana-mana kawasan yang dianggap suci (dan bagi maksud perenggan ini, jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana kawasan itu dianggap suci, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh
Menteri Besar*/Ketua Menteri* yang keputusannya adalah muktamad);
melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada Pihak Berkuasa Petroleum
(kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat munasabah yang dikenakan), mana-mana bahagian yang berikut dalam kawasan pengeksplorasian itu:
mana-mana bahagian yang diasingkan atau digunakan atau diuntukkan atau diserahkan bagi maksud awam;
mana-mana bahagian yang terletak dalam atau diliputi oleh mana-mana perbandaran, bandar, kampung, pasar, tanah perkuburan atau pusara atau yang diduduki oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;
mana-mana bahagian yang menjadi tapak atau dalam lingkungan lima puluh ela dari mana-mana bangunan, pepasangan, kolam air, empangan, jalan awam atau jalan trem atau yang diuntukkan bagi atau terletak dalam lingkungan lima puluh ela dari mana-mana jalan keretapi; dan
mana-mana bahagian yang sebenarnya sedang diusahakan dengan tanaman;
mana-mana bahagian yang terdiri daripada tanah beri hakmilik (selain tanah yang termasuk dalam subperenggan (b)) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada pemunya tanah, atau, dalam hal pemunya enggan memberikan kebenaran itu, daripada Menteri Besar* /Ketua
Menteri *:
Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar kepada pemunya tanah itu pampasan yang berpatutan dan mencukupi bagi apa-apa kerosakan tanah atau tanaman yang tumbuh di atas tanah itu atau apa-apa harta di dalamnya yang disebabkan oleh pemegang lesen atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya berkaitan dengan operasi yang dibenarkan di bawah lesen ini. Sekiranya ada apa-apa pertikaian tentang siapakah yang sebenarnya yang menjadi penghuni sah, atau pemunya, tanah itu, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan Menteri Besar*/Ketua Menteri*
apa-apa jumlah wang yang ternyata padanya merupakan pembayaran penuh atau sebahagian yang munasabah apa-apa jua pampasan yang pemegang lesen mungkin didapati kena membayarnya kepada orang itu tetapi tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun itu yang dibayar yang melebihi pampasan tersebut.
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Pelombongan Petroleum 19
Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia.
Pemegang lesen tidak boleh menghalang atau mencegah mana-mana orang mendapat akses kepada atau menggunakan atas risikonya sendiri apa-apa jalan yang dibina mengikut lesen ini:
Dengan syarat bahawa—
jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh menyebabkan kerosakan yang ketara kepada jalan itu atau akan menambahkan belanja penyenggaraan jalan itu dengan banyaknya, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika selepas diminta berbuat demikian, orang itu membayar sumbangan yang munasabah untuk belanja penyenggaraan jalan itu; dan
jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan-apa-apa cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh secara material mengganggu penggunaan dan penikmatan bebas jalan itu oleh pemegang lesen, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika, selepas diminta berbuat demikian, orang itu mengehadkan penggunaan jalan itu untuk menghentikan gangguan itu.
Kaedah mencari gali 6.
Hak untuk mencari petroleum yang diberikan oleh lesen ini hendaklah termasuk mencari gali dan menjalankan pengukuran geologi dengan cara geofizik, topografi dan kimia dan menggerudi bagi maksud mendapatkan maklumat geologi tentang lintap dalam kawasan pengeksplorasian tetapi tidak termasuk apa-apa hak untuk mendapatkan petroleum atau apa-apa hak untuk menggerudi telaga bagi pengeluaran petroleum.
Tempoh lesen 7.
Lesen ini hendaklah berkuat kuasa dan terus berkuat kuasa selama tempoh dua tahun selepas....................................20......... melainkan jika ditamatkan sebelum tarikh itu atau dilanjutkan di bawah mana-mana peruntukan lesen ini.
Hak pemegang lesen untuk menamatkan lesen
8. (1) Tanpa menyentuh apa-apa obligasi atau liabiliti yang dikenakan oleh atau ditanggung di bawah terma dan syarat lesen ini pemegang lesen boleh pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun tersebut menamatkan lesen ini dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis tidak kurang daripada enam bulan kepada Pihak Berkuasa Petroleum bagi maksud itu.
Jika pemegang lesen memohon secara bertulis, tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh lesen ini, supaya lesen ini dilanjutkan, Pihak
Berkuasa Petroleum boleh, mengikut subseksyen 7(3) Akta Perlombongan
Petroleum 1966, melanjutkan lesen ini berkenaan dengan keseluruhan kawasan
20
Undang-Undang Malaysia pengeksplorasian yang pada masa ini terkandung dalam lesen ini atau mana-mana bahagiannya selama tempoh satu tahun lagi atas terma dan syarat yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen ini:
Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar balasan tambahan bagi pelanjutan yang dipohon olehnya itu dan hendaklah telah melaksanakan obligasinya di bawah lesen ini setakat tarikh permohonan itu.
Jika apa-apa pelanjutan seterusnya dikehendaki permohonan yang serupa hendaklah dibuat dan perenggan (2) hendaklah terpakai bagi permohonan itu.
Pembayaran balasan bagi lesen
9. (1) Pemegang lesen hendaklah membayar kepada Pihak Berkuasa Petroleum apabila diberi lesen ini sebanyak................................ ringgit.
Pemegang lesen tidak dengan sebab penamatan lesen atau apa-apa pengurangan kawasan pengeksplorasian berhak dibayar apa-apa pampasan atau diberi rebat mana-mana bahagian apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut lesen ini.
Memulai dan meninggalkan serta menutup telaga
10. (1) Pemegang lesen tidak boleh memulai atau, selepas meninggalkannya dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tidak boleh memulai semula penggerudian mana-mana telaga tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa
Petroleum.
Pemegang lesen tidak boleh meninggalkan mana-mana telaga tanpa terlebih dahulu memberitahu Pihak Berkuasa Petroleum secara bertulis kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (5) dan (6).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua syarat yang tertakluk kepadanya apa-apa keizinan di bawah perenggan (1) diberikan.
Jika sesuatu syarat sebagaimana yang disebut dalam perenggan (3) adalah berhubung dengan kedudukan atau dalamnya telaga itu atau arahnya atau jika sesuatu syarat di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu adalah berhubung dengan apa-apa penyelongsongan, penutupan atau pengedapan telaga itu, Pihak
Berkuasa Petroleum boleh dari semasa ke semasa mengarahkan supaya telaga itu dan segala rekod yang berhubungan dengannya diperiksa dengan apa-apa cara pada bila-bila masa atau pada lat tempoh dan oleh mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan melalui arahan Pihak Berkuasa Petroleum dan pemegang lesen itu hendaklah membayar kepada mana-mana orang itu atau kepada Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa fi dan perbelanjaan bagi pemeriksaan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Petroleum.
Jika hak pemegang lesen dalam mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian tamat oleh sebab Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum dengan orang lain sebagaimana yang tersebut dalam proviso kepada
Fasal 2, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh satu bulan selepas itu menutup mana-mana telaga pemegang lesen itu dalam bahagian kawasan pengeksplorasian itu.
Pelombongan Petroleum 21
Semua telaga pemegang lesen (selain telaga yang baginya perenggan (5)
terpakai) dalam kawasan pengeksplorasian hendaklah, melainkan jika diputuskan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Petroleum, ditutup oleh pemegang lesen tidak kurang daripada satu bulan sebelum berakhinya atau tamatnya hak pemegang lesen itu di bawah lesen ini.
Penutupan mana-mana telaga hendaklah dilakukan mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang terpakai bagi telaga itu atau telaga-telaga pada amnya atau bagi sesuatu kelas telaga yang telaga itu termasuk dalamnya dan hendaklah dilakukan dengan cekap dan baik.
Jarak telaga dari sempadan kawasan pengeksplorasian 11.
Tiada telaga boleh digerudi atau dibuat sehingga mana-mana bahagiannya kurang daripada satu ratus dua puluh lima meter dari mana-mana sempadan kawasan pengeksplorasian kecuali dengan keizinan bertulis Pihak Berkuasa
Petroleum.
Penghindaran kaedah kerja mudarat
12. (1) Pemegang lesen hendaklah menyenggara semua radas dan alat dan semua telaga yang belum ditinggalkan dan ditutup sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 10 dalam keadaan baik dan terpelihara dan hendaklah menjalankan semua operasi dalam atau berkaitan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang sepatutnya dan baik mengikut kaedah dan amalan pengeksplorasian yang lazim digunakan dalam amalan medan minyak yang baik dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu pemegang lesen hendaklah mengambil segala langkah yang praktik untuk—
menghalang pelepasan atau pembaziran petroleum yang ditemui di kawasan pengeksplorasian;
memulihara kawasan pengeksplorasian bagi operasi yang produktif;
menghalang kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum;
menghalang kemasukan air melalui telaga ke lintap yang mengandungi petroleum; dan
menghalang pelepasan petroleum ke dalam mana-mana air dalam atau di sekitar kawasan pengeksplorasian.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan secara bertulis yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1). Jika pemegang lesen membantah mana-mana arahan itu atas alasan bahawa arahan itu tidak munasabah dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh arahan itu diberikan, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh Fasal 27.
Pemegang lesen hendaklah memberikan notis kepada Pihak Berkuasa
Petroleum tentang apa-apa kejadian yang menyebabkan pelepasan atau pembaziran petroleum, kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum atau kemasukan air melalui telaga kepada lintap yang mengandungi petroleum dalam masa tiga hari dari kejadian itu berlaku.
22
Undang-Undang Malaysia
Penebangan pokok kayu
13. (1) Pemegang lesen tidak boleh menebang atau mengambil apa-apa pokok kayu atau pokok yang dilindungi kecuali dengan keizinan pihak berkuasa yang berkenaan dan dengan bayaran fi dan royalti yang ditetapkan melalui undang-undang.
Jika pemegang lesen menebang atau mengambih apa-apa pokok produktif lain, dia hendaklah membayar pampasan yang berpatutan dan mencukupi kepada pemunyanya:
Dengan syarat bahawa sekiranya timbul apa-apa pertikaian atau ketidakpastian tentang pemunya apa-apa pokok produktif, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan
Menteri Besar* /Ketua Menteri *, apa-apa amaun yang pada pendapatnya merupakan bayaran yang munasabab sama ada secara penuh atau sebahagian bagi apa-apa jua pampasan yang mungkin didapati kena dibayar oleh pemegang lesen itu kepada pemunya pokok itu tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun yang telah dibayar melebihi pampasan tersebut.
Penangkapan ikan dan pelayaran 14.
Pemegang lesen tidak boleh menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan oleh lesen ini dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum boleh mengganggu dengan tidak sewajarnya pelayaran atau penangkapan ikan di perairan kawasan pengeksplorasian atau pemuliharaan sumber hidupan laut.
Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja 15.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang diambil bekerja dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian.
Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod
16. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod yang tepat dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang penggerudian, pemerdalaman, penutupan atau peninggalan semua telaga dan tentang apa-apa perubahan dalam selongsongnya. Rekod tersebut hendaklah mengandungi butir-butir perkara yang berikut:
tapak dan nombor yang diberikan kepada tiap-tiap telaga;
tanah bawah dan lintap yang melaluinya telaga digerudi;
selongsong yang dimasukkan ke dalam mana-mana telaga dan apa-apa pengubahan terhadap selongsong itu;
apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian-galian lain yang ditemui; dan
apa-apa perkara lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa.
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Pelombongan Petroleum 23
Pemegang lesen hendaklah menyimpan di Malaysia pelan geologi dan geofizik dan peta yang tepat yang berhubung dengan kawasan pengeksplorasian dan apa-apa rekod lain yang berhubungan dengannya yang perlu untuk memelihara segala maklumat yang dipunyai oleh pemegang lesen tentang kawasan pengeksplorasian itu.
Pemegang lesen hendaklah menyerahkan salinan rekod, pelan dan peta tersebut yang disebut dalam perenggan (1) dan (2) kepada Pihak Berkuasa
Petroleum sebagaimana dan apabila dikehendaki.
Penyata
17. (1) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum tiap-tiap tiga bulan semasa lesen ini berkuat kuasa suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang perkembangan operasinya di kawasan pengeksplorasian itu. Penyata itu hendaklah mengandungi—
suatu pernyataan tentang kawasan tempat apa-apa kerja geologi, termasuk pengukuran dengan apa-apa cara geofizik, topografi atau kimia, telah dijalankan;
nombor yang diberikan kepada setiap telaga, dan dalam hal mana-mana telaga yang penggerudiannya telah dimulakan atau yang nombornya telah ditukar dalam bulan itu, koordinat tapak telaga itu;
suatu pernyataan tentang dalamnya penggerudian setiap telaga; dan
suatu pernyataan tentang apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian lain yang mempunyai nilai ekonomi yang ditemui dalam masa menjalankan operasi tersebut.
Dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kalendar yang dalamnya lesen ini berkuat kuasa dan dalam masa dua bulan selepas berakhirnya atau tamatnya lesen ini pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang operasi yang dikendalikan olehnya dalam kawasan eksplorasi dalam tahun itu atau dalam tempoh sebelum berakhirnya atau tamatnya lesen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan suatu pelan berdasarkan skala yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang menunjukkan kedudukan semua telaga. Pemegang lesen hendaklah juga menunjukkan di atas pelan tersebut semua kerja yang dilakukan olehnya berkaitan dengan pencarian petroleum.
Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa maklumat lain, termasuk maklumat dalam bentuk peta dan pelan, tentang perkembangan operasinya dalam kawasan eksplorasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa.
Pemberitahuan tentang penemuan petroleum 18.
Pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta melaporkan penemuan petroleum atau lintap yang mengandungi petroleum kepada Pihak Berkuasa
Petroleum.
24
Undang-Undang Malaysia
Pemegang lesen hendaklah menyimpan sampel 19.
Setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, pemegang lesen hendaklah melabelkan dengan betul dan menyimpan untuk rujukan selama tempoh dua belas bulan sampel-sampel dasar laut dan lintap yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dan sampel apa-apa petroleum atau air yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dalam kawasan pengeksplorasian.
Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya berhak untuk menghendaki supaya bahagian itu bagi mana-mana sampel sedemikian diserahkan kepadanya dan menyimpan mana-mana sampel atau bahagiannya yang diserahkan sedemikian, dan berhak untuk memeriksa dan menganalisis mana-mana sampel yang disimpan oleh pemegang lessen itu.
Laporan dianggap sulit 20.
Semua rekod, penyata, pelan, peta dan maklumat yang dikehendaki atau mungkin dari semasa ke semasa dikehendaki supaya diberikan oleh pemegang lesen di bawah lesen ini hendaklah dibekalkan atas perbelanjaan pemegang lesen itu dan tidak boleh (kecuali dengan persetujuan bertulis pemegang lesen dan dia tidak boleh secara tidak munasabah enggan memberikannya) dizahirkan sepanjang tempoh sah lesen itu dan dua tahun selepas itu kepada mana-mana orang yang tidak berada dalam perkhidmatan atau penggajian Kerajaan. Pihak
Berkuasa Petroleum walau bagaimanapun berhak pada bila-bila masa untuk menggunakan apa-apa maklumat yang diterima daripada pemegang lesen bagi maksud menyediakan dan menyiarkan apa-apa penyata dan laporan yang dikehendaki.
Kuasa untuk memeriksa rekod 21.
Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum boleh pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa dan membuat ringkasan atau salinan apa-apa rekod, penyata, pelan atau peta yang dikehendaki disimpan atau dibuat oleh pemegang lesen mengikut lesen ini.
Hak akses 22.
Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum berhak pada bila-bila masa yang munasabah untuk masuk ke dalam dan ke atas apa-apa pepasangan dan kelengkapan pemegang lesen yang digunakan atau akan digunakan berkaitan dengan pencarian petroleum dalam kawasan pengeksplorasian bagi maksud yang disebut kemudian daripada ini—
memeriksa pepasangan, telaga, loji, alat dan kerja yang dibuat atau dijalankan oleh pemegang lesen menurut lesen ini dan takat pemeliharaan dan keadaannya; dan
menjalankan apa-apa kerja atau membekalkan dan memasang apa-apa kelengkapan yang Pihak Berkuasa Petroleum berhak untuk menjalankan atau membekalkan dan memasangnya menurut lesen ini.
Pelombongan Petroleum 25
Kuasa untuk menjalankan kerja 23.
Jika pemegang lesen pada bila-bila masa tidak melaksanakan obligasi yang berbangkit di bawah mana-mana terma dan syarat Fasal 10, 12 dan 15
lesen ini dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum berhak, selepas memberikan notis bertulis yang munasabah kepada pemegang lesen tentang niatnya, menjalankan apa-apa kerja dan membekalkan dan memasang apa-apa kelengkapan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum mungkin perlu untuk menjamin pelaksanaan obligasi tersebut atau mana-mana daripadanya dan mendapatkan kos dan perbelanjaan kerana berbuat demikian daripada pemegang lesen.
Tanggung rugi terhadap tuntutan pihak ketiga 24.
Pemegang lesen hendaklah pada sepanjang masa melindungi Kerajaan dan
Pihak Berkuasa Petroleum dan semua pegawai awam Kerajaan secara berkesan daripada tanggung rugi terhadap semua prosiding, kos, caj, tuntutan dan permintaan apa jua pun yang mungkin dibuat atau dibawa terhadap Kerajaan atau Pihak
Berkuasa Petroleum atau mana-mana pegawai awam Kerajaan oleh mana-mana pihak ketiga berhubung atau berkaitan dengan lesen ini atau apa-apa perkara atau benda yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan menurut lesen ini.
Perjanjian untuk tidak menyerah hak 25.
Pemegang lesen tidak boleh tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum menyerah hak atau melepaskan mana-mana hak yang diberikan oleh lesen ini berhubung dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian atau memberikan apa-apa sublesen berkenaan dengan mana-mana hak sedemikian.
Kuasa pembatalan
26. (1) Jika mana-mana peristiwa yang dinyatakan dalam perenggan (2) berlaku dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum boleh membatalkan lesen ini dan sesudah itu lesen ini dan semua hak yang dengan ini diberikan hendaklah terhenti dan tamat tetapi walau bagaimanapun tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa obligasi atau liabiliti yang ditanggung oleh pemegang lesen atau yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah terma dan syarat lesen ini.
Peristiwa yang disebut da1am perenggan (1) ialah—
apa-apa balasan yang kena dibayar di bawah lesen ini atau mana-mana bahagiannya yang menjadi tertunggak atau tidak dibayar selama tempoh dua bulan selepas sahaja mana-mana hari ia sepatutnya dibayar;
apa-apa kemungkiran atau ketidakpatuhan mana-mana terma dan syarat lesen ini oleh pemegang lesen;
kebankrapan pemegang lesen;
pembuatan oleh pemegang lesen apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya;
jika pemegang lesen itu suatu syarikat, pelantikan penerima atau apa-apa pelikuidasian sama ada wajib atau sukarela.
26
Undang-Undang Malaysia
Timbang tara
27. (l) Jika pada bila-bila masa apa-apa pertikaian, perselisihan atau persoalan berbangkit antara Kerajaan dan Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lesen tentang apa-apa perkara yang berbangkit di bawah atau oleh sebab lesen ini atau tentang hak masing-masing, dan liabiliti mereka yang berkenaan dengan lesen ini ia hendaklah dirujukkan kepada timbang tara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perenggan (2), kecuali jika diperuntukkan dengan nyata oleh lesen ini bahawa perkara atau benda yang berkaitan dengan pertikaian, perselisihan atau persoalan itu hendaklah ditentukan, diputuskan, diluluskan atau dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Petroleum.
Timbang tara yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah, mengikut
Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93], *oleh seorang penimbang tara yang, jika tiada persetujuan antara Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lessen tentang pelantikannya, hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan pada masa ini.
JADUAL
(Kawasan Pengeksplorasian)
Bertarikh...............di……......…………….pada..........20…….
...............................................................
Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri
*CATATAN—Akta ini dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] berkuat kuasa pada 15-03-2006 melalui P.U. (B) 65/2006–lihat seksyen 51 Akta 646.
Pelombongan Petroleum 27
Akta 95
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. (A) 467/1969
*Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa 08-11-1969
Perlu) No. 10 1969
Akta 160
Akta Mata Wang (Ringgit)
29-08-1975
Malaysia 1975
Akta A885
Akta Perlembagaan (Pindaan)
24-06-1994 1994
*NOTA
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 10 1969 meminda Akta Pelantar Benua, No. 57 Tahun 1966 (disemak sebagai Akta 83) dan Akta Pelombongan Petroleum, No. 58 Tahun 1966 (disemak sebagai Akta 95) supaya kedua-dua Akta ini, yang dahulunya hanya terpakai di Negeri-Negeri
Tanah Melayu sahaja, terpakai di seluruh Malaysia. Akta Semakan 83 dan 95 menggabungkan segala pindaan yang dibuat oleh Ordinan No. 10 1969. Apabila Ordinan itu terhenti berkuat kuasa di bawah Fasal 7 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, pindaan-pindaan yang dibuat oleh Ordinan
No. 10 1969 itu akan terhenti berkuat kuasa dan tidak lagi akan terpakai di luar Negeri-Negeri
Tanah Melayu. Di Negeri-Negeri Tanah Melayu, Akta-Akta itu akan terpakai tanpa pindaan yang dibuat oleh Ordinan itu.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 95
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
P.U. (A) 467/1969 29-08-1975 1
P.U. (A) 467/1969 29-08-1975 2
P.U. (A) 467/1969 29-08-1975 3
Akta 160 29-08-1975 13
P.U. (A) 467/1969 08-11-1969 14
Akta 160 29-08-1975
Jadual Kedua
Akta 160 29-08-1975
Akta A885 29-08-1994