Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966

Seksyen 7

Lesen pengeksplorasian

(i)

sesuatu lesen pengeksplorasian tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah yang telah pun diliputi oleh suatu perjanjian petroleum yang dibuat di bawah seksyen 8; dan

(ii)

tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pihak

Berkuasa Petroleum mengeluarkan, berkenaan dengan kawasan tanah yang sama lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau lesen pengeksplorasian yang lain kepada orang atau orang lain.

(2)

Setiap pemegang lesen hendaklah menikmati hak dan kebebasan yang diberikan di bawah lesennya sepanjang lesen itu berterusan sama seperti pemegang lesen lain yang kepadanya telah diberikan atau mungkin akan diberikan kemudiannya lesen pengeksplorasian berkenaan dengan kawasan yang sama.

(3)

Tiap-tiap lesen pengeksplorasian hendaklah bagi suatu tempoh permulaan selama dua tahun dan selepas itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa apabila permohonan bagi pelanjutan lesen itu diminta dan disokong oleh keterangan bahawa pemegang lesen itu telah sebenarnya menjalankan kerja pengeksplorasian secara yang munasabah dalam masa sahnya lesen pengeksplorasian itu.

(4)

Pemegang lesen boleh pada bila-bila masa memohon kepada

Pihak Berkuasa Petroleum bagi mendapatkan suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan yang dipegang di bawah lesen pengeksplorasiannya; dan apabila dikeluarkan suatu perjanjian petroleum yang meliputi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya semua lesen pengeksplorasian yang meliputi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah tamat tanpa Pihak Berkuasa Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen.

(5)

Sesuatu lesen pengeksplorasian hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua:

Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat apa-apa pengubahsuaian dan penyisihan dan boleh menambahkan apa-apa fasal tambahan yang meliputi perkara yang berkaitan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum.

10

Undang-Undang Malaysia

Perjanjian petroleum