Malaysia legislation

Section 21

of AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976

Seksyen 21

Akta ini—

Jika Pegawai Pemeriksa berpuas hati bahawa orang yang kepadanya notis itu hendak disampaikan tidak dapat, dengan menjalankan usaha yang sewajarnya, dijumpai dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 20, penyampaian itu bolehlah dilaksanakan—

(a)

dengan menampalkan suatu salinan notis itu di suatu tempat yang mudah dilihat—

(i)

di atas tanah itu; dan

(ii)

di mahkamah, masjid atau pejabat atau balai penghulu atau di suatu pasar atau di suatu tempat awam yang lain, dalam kawasan di mana tanah itu terletak; dan

(b)

dengan menyiarkan suatu salinan notis itu dalam Warta dan, jika difikirkannya patut, dalam satu suratkhabar atau lebih yang beredar dalam kawasan komponen itu.

Pendakwaan hendaklah mendapat keizinan Pendakwa Raya